Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ABDULLAH IBN JAHSY

Abdullah ibn Jahsy (? 3 H./? 625 M.), sahabat

besar dan termasuk golongan yang terawal

menerima Islam. Nama penuhnya ialah Abdullah

ibn Jahsy al-Asadiy, saudara Zaynab bin Jahsh Umm

al-Muminin. Dia berhijrah ke Habsyah dan ke

Madinah. Dia turut serta dalam Perang Badar dan

menjadi anggota mesyuarat Rasulullah SAW

bersama-sama dengan Abu Bakar dan Umar dalam

menentukan kedudukan tawanan perang tersebut.

Rasulullah SAW telah menghantarnya mengetuai

kumpulan tawanan perang yang dibebaskan. Dia

juga turut serta dalam Perang Uhud dan mati syahid.

Dia dikebumikan bersama-sama bapa saudaranya Hamzah

ibn Abd al-Muttalib dalam satu liang lahad.

UMUM
SMYTHE, FRANCIS SYDNEY

Smythe, Francis Sydney (19001949) ialah

pendaki gunung, pengarang, dan jurufoto British

yang terkenal. Pada tahun 1927 dan tahun 1928, dia

membuka beberapa laluan baru di Brenvan Face di

Mont Blanc. Pada tahun 1930, dia mengambil

bahagian dalam percubaan mendaki

Kanchenjunga. Pada tahun 1931, dia memimpin

dengan jayanya cubaan mendaki Gunung Kamet.

Dia turut serta dalam ekpedisi Gunung Everest

pada tahun 1933, 1936, dan tahun 1938 dan

menemui jalan terus ke puncak sebelah barat

North Col. Smythe lahir di Ivythorne, berhampiran

Maidstone, di Kent.

UMUM
MUADH IBN JABAL

Muadh ibn Jabal (20 S.H.18 H./603 M.639

M.), sahabat Nabi s.a.w. dari kaum Ansar,

berketurunan suku Khazraj dari Madinah. Nama

penuhnya ialah Muadh ibn Jabal Abu Abd al-

Rahman. Dia memeluk Islam hasil usaha Musab

ibn Umayr r.a. Muadh turut serta ke Makkah dan

terlibat dalam Perjanjian Aqabah II serta berbaiah

bersama Rasulullah s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w.

mempersaudarakannya dengan Jafar ibn Abu

Talib r.a.

UMUM
SAFIYYAH BINT ABD AL-MUTTALIB

Safiyyah bint Abd al-Muttalib (?20 H. / ? 641

M.) ialah ibu saudara Rasulullah s.a.w. dan

juga ibu Zubayr ibn Awwam. Dia ialah seorang

daripada 10 orang yang dijanjikan syurga oleh

Rasulullah s.a.w. dan dia juga adalah seorang sahabat

nabi. Pada zaman jahiliah, dia berkahwin dengan

Harith ibn Harb ibn Umayyah. Dia kemudiannya

berkahwin dengan Awwam ibn Khuwaylid dan

mempunyai beberapa orang anak termasuk al-

Zubayr. Safiyyah bint Abd al- Muttalib memeluk

Islam dan memberikan taat setia kepada Islam serta

turut berhijrah ke Madinah. Dia turut serta dalam

Perang Uhud dan Perang Khandaq. Dalam Perang

Uhud, dia berdiri dengan memegang sebatang

lembing yang dihalakan kepada orang ramai sambil

berteriak: Adakah kamu menerima kekalahan dan

meninggalkan Rasulullah?. Dalam Perang al-Ahzab,

dia membunuh seorang Yahudi yang mengintip

orang Islam. Oleh itu, dia dikatakan wanita yang

pertama membunuh seorang lelaki Musyrikin. Dia

juga ialah seorang penyair yang berkebolehan. Dia

mencipta syair untuk meratapi Rasulullah s.a.w. serta

saudaranya Hamzah ibn Abd al-Muttalib. Dia

meninggal dunia pada zaman Khalifah Umar ibn al-

Khattab dan dikebumikan di al-Baqi.

UMUM
MUSLIM IBN UQBAH IBN RABAH AL-MURRIY

Muslim ibn Uqbah ibn Rabah al-Murriy

ialah cendekiawan zaman Umawiyyah yang amat

tegas. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. dan turut

serta dalam peperangan Siffin bersama-sama

tentera Muawiyah dalam barisan tentera jalan kaki.

Salah satu matanya buta. Dia dilantik oleh Yazid ibn

Muawiyah r.a. sebagai panglima umum untuk

menundukkan penduduk Madinah yang

memberontak terhadap Yazid serta penentangnya.

Abu Uqbah menyerang Madinah pada tahun 63 H./

683 M. dan berlaku peperangan antara kedua pihak

dalam satu pertempuran hebat yang dikenali dalam

sejarah sebagai pertempuran al-Harrah.

UMUM
DALANG

DALANG, pemimpin dan tukang cerita dalam wayang kulit. Dalang juga bertindak sebagai pemain segala peranan dalam cerita wayang kulit dengan menggunakan boneka yang diukir daripada kulit lembu, untuk melambangkan pelbagai watak dalam cerita daripada Ramayana, Mahabharata dan cerita panji. Dalang merupakan tokoh pencerita yang beraksi sambil bercerita, serta turut memainkan boneka tersebut. Dalang juga bertindak sebagai pawang sesuatu persembahan dengan melakukan jampi dan doa untuk keselamatan persembahan.

 

BUDAYAKonsep
MERCURY

Mercury ialah utusan tuhan dan dewa

perjalanan dalam mitologi Rom. Orang Rom

purba turut memuja Mercury sebagai dewa

perdagangan, harta, dan kekayaan. Perkataan

commerce, merchandise dan merchant berkait

rapat dengan namanya.Orang Rom menganggap

Mercury agak licik dan mengelirukan, serta

seorang penipu atau pencuri. Penjenayah

menganggapnya sebagai pelindung mereka.

Mercury menyerupai dewa Hermes dalam

mitologi Yunani.

UMUM
BIOGEOGRAFI

Biogeografi, kajian tentang taburan tumbuhan dan haiwan di dunia. Biogeografi turut menjelaskan faktor berlakunya taburan tersebut serta kesannya terhadap persekitaran dan manusia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
ABDULLAH IBN MASUD

Abdullah ibn Masud (? 32 H./? 653 M.) ialah

salah seorang daripada para sahabat besar dan

berketurunan Huzaliy yang tinggal di Makkah. Dia

termasuk dalam kalangan golongan yang terawal

memeluk Islam. Abdullah r.a. pernah berhijrah ke

Habsyah sebanyak dua kali. Di samping itu, dia turut

berjuang bersama-sama Rasulullah SAW dalam

beberapa peperangan dan menjadi orang suruhan

nabi yang setia serta sentiasa menemani Baginda

sewaktu menyelesaikan sesuatu urusan dan

perjalanannya. Dalam Perang Badar, dia berlawan

dengan Abu Jahal.

UMUM
ABDULLAH IBN AMRU

Abdullah ibn Amru(7 S.H.65 H./616 M.684

M.), sahabat besar yang berasal dari Makkah dan

termasuk golongan Muhajirin. Nama penuhnya

Abdullah ibn Amru ibn al-As. Dia telah memeluk

Islam sebelum bapanya Amru ibn al-As. Dia sentiasa

bersama-sama Rasulullah SAW dan merupakan orang

yang paling banyak meriwayatkan hadith. Dia juga

berkebolehan dalam menulis dan membaca

semenjak kecil lagi dan turut mempelajari bahasa

Suryani serta mampu menulis dengan baik dalam

bahasa ini.

UMUM
1