Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
assalamualaikum tuan, Tahniah kepada DBP kerana berjaya menganjurkan Bulan Bahasa Melayu di Ipoh Perak pada 5 OKTOBER yang lalu. Walaupun saya tidak dapat turut serta tetapi saya saya mengucapkan terima kasih kepada DBP kerana masih menjemput saya hadir dalam majlis berkenaanTuan, terima kasih atas maklum balas tersebut. Terus bersama-sama DBP untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita.Lain-lain06.10.2010
Tuan, Saya ingin tahu adakah pihak DBP melakukan kerja-kerja penterjemahan buku/dokumen dari B. Inggeris ke B. Melayu? Jika ada bagaimanakah caranya supaya saya dapat turut serta melakukan kerja-kerja tersebut? Sekian, terima kasih. Yang benar, MOHD RAFIQ NORSHAM BSc(Hon) UKM, MSc UPMDBP tidak melakukan kerja terjemahan sebagai tugas hakiki. Sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Persatuan Penterjemah Malaysia.Lain-lain12.04.2010
Apa maksud "libat urus"?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan libat membawa maksud melibatkan, iaitu menyebabkan atau membawa (seseorang atau sesuatu) masuk atau turut serta dalam sesuatu perkara, usaha, kegiatan dan sebagainya. Perkataan urus pula membawa maksud mengurus, iaitu mengendalikan atau menyelenggarakan sesuatu supaya berjalan dengan baik.

Oleh itu, perkataan ini perlulah digunakan untuk konteks ayat yang bersesuaian dengan maksud yang diberikan.
Makna09.09.2021
Sertaikan kami di Facebook. Adakah terdapat imbuhan ...ikaN dalam BM? Kalau salah betul? Terima kasihImbuhan akhiran "i" dan "kan" tidak digunakan bersama-sama, oleh itu yang betul ialah sertai bermaksud turut serta.Tatabahasa26.04.2012
PROGRAM KEMBARA BAHASA Aminur Ariffan Aug 30th, 9:08am alamak encik,,,tarikh tutup pada 31 ogos...huhuhu...boleh lagi tak nak join??uhuhu...boleh dilonggarkan tak ? Aminur Ariffan Aug 30th, 9:09am boleh kami buat rayuan?huhu..Sila hubungi urus setia program Kembara Bahasa pada nama dan alamat yang tertera pada makluman tersebut. Berkemungkinan masih ada peluan untuk tuan turut serta dalam program tersebut.Lain-lain30.08.2014
Saya ingin mengetahui sama ada DBP masih mengadakan program Kembara Sastera yang pernah saya ikuti pada tahun 2006 di SMK Bandar Muadzam Shah, Pahang. Pada masa itu, Sasterawan A Samad Said telah hadir sebagai tetamu jemputan dan program bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada 12 malam. Pengisian program sangat menarik dan banyak manfaat. Mohon sekiranya DBP masih meneruskan program ini, sy wakil SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang ingin turut serta dan mengadakn program ini di sekolah. Harap mendapat pertimbangan pihak DBP. Terima kasih.Mulai tahun 2012, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan semula program Kembara Bahasa.  Kembara Bahasa diisi dengan penganjuran kegiatan bahasa dan persuratan Melayu yang menjadi penggerak misi bahasa, sastera dan budaya kebangsaan.  Sila kemukakan permohonan puan untuk mengikuti program Kembara Bahasa melalui orgsanisasi  puan kepada DBP. Lain-lain08.04.2014
Saya ingin memohon penjelasan tentang frasa berikut: 1) "....dalam kalangan murid" 2) "....di kalangan murid" frasa manakah yang sepatutnya digunakan? Terima kasih.

Puan Rosita Md. Zin,

Frasa yang betul ialah dalam kalangan murid.  Hal ini demikian, kerana perkataan dalam ialah kata sendi. Perkataan ini digunakan untuk "tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak", seperti perkara, peristiwa, bahasa, bidang, dan sebagainya. Contoh ayat:

   (1)  Sekolah kami turut serta dalam pertandingan pidato peringkat kebangsaan pada tahun ini. 

   (2) Adik saya mempunyai bakat dalam penulisan.

Manakala di dalam ialah frasa atau rangkai kata yang terdiri daripada dua perkataan. Perkataan pertama ialah kata sendi di dan perkataan kedua ialah kata arah dalam. Dalam penggunaannya, di dalam merujuk ruang tertentu. Contoh ayat:

  (1) Adik saya menyimpan buku-bukunya di dalam almari.

  (2) Semua murid sekolah dikehendaki berkumpul di dalam dewan besar.

 

Tatabahasa25.03.2009
Assalamualaikum tuan/puan, mohon pemcerahan berhubung penggunaan simbol dalam fail yang telah saya sertakan. Sekian, terima kasih.

Penggunaan yang betul ialah:

  1. “Maklumat anda telah didaftarkan.”
  2. “Maaf, maklumat tidak lengkap.”
  3. “Sila isi semula maklumat anda. ”
  4. Kata Ali, “Saya akan turut serta.”
  5. pengesah/peraku1 (tiada ruang sebelum dan selepas tanda garis miring (/).
Tatabahasa05.01.2017
Adakah perkataan "dan" perlu digunakan terlebih dahulu dalam ayat sebelum perkataan "serta" boleh digunakan? Sebagai contoh, pihak ibu bapa dan pihak sekolah perlu berganding bahu untuk melahirkan generasi muda yang penyayang serta berwawasan. Sekiranya penggunaan kata "dan" dan "serta" ditukar tempat bagi contoh ayat di atas, adakah ayat masih betul? Saya juga ingin mendapatkan penjelasan jika perkataan "serta" boleh berdiri sendiri dalam ayat tanpa kehadiran perkataan "dan" dalam ayat. Terima kasih.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, penggunaan yang tepat ialah Pihak ibu bapa dan pihak sekolah perlu berganding bahu untuk melahirkan generasi muda yang penyayang dan berwawasan. Perlu menggunakan "dan" pada kedua-dua frasa tersebut kerana frasanya terpisah dan tidak mengikuti.

Perkataan “serta” boleh berdiri sendiri tanpa kehadiran kata “dan” mengikut konteks dan maksud ayat. Kata serta memberi pengertian turut melakukan perkara lain, atau "dan juga". Contohnya, Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya. Contoh lain ialah Jawatankuasa kampung serta masyarakat setempat perlu bekerjasama dalam menangani aktiviti penyeludupan senjata api di kawasan terbabit.
Tatabahasa01.06.2021
Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan kata hubung antara "serta " dengan "dan" , "lalu" dengan "kemudian"? Terima kasih.Dan, serta, lalu dan kemudian ialah kata hubung gabungan. Kata hubung dan/serta lazimnya digunakan apabila menggabungkan dua unsur yang setara. Kata lalu/kemudian digunakan apabila menggabung dua perkara atau perbuatan yang berlaku berturut-turut.Tatabahasa03.02.2013