Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TUNKU MOHAMED TUNKU BESAR BURHANUDDINTUNKU MOHAMED TUNKU BESAR BURHANUDDIN, Tan Sri (1914-1995), diplomat dan Ketua Setiausaha Negara yang ketiga (1969-1970).  Dia lahir pada 19 April 1914 di Seri Menanti, Negeri Sembilan.  Dia mendapat pendidikan awal di Seri Menanti sebelum melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala Kangsa (MCKK), Perak.  Pada tahun 1934, Tunku Mohamed memasuki Malay Administrative Service (MAS).  Kemudian dia diserapkan ke Malayan Civil Serive dan memegang jawatan pentadbir pada peringkat negeri dan Persekutuan.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUNKU OSMAN TUNKU MOHD. JEWATUNKU OSMAN TUNKU MOHD. JEWA, Tan Sri (1919-1994), Ketua Turus Angkatan Tentera (1964-1969).  Dia lahir pada 24 November 1919 di Alor Setar, Kedah.  Semasa kecil, dia dipelihara oleh ibu saudaranya Tunku Kalsom binti Sultan Abdul Hamid.  Tunku Osman mendapat pendidikan awal di Huching School, Pulau Pinang dan kemudiannya memasuki Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.  Pada bulan Mac 1935, dia melanjutkan pelajarannya di Bristol Grammar School, England.  Di sana dia dijaga dan diasuh oleh R.J. Mcgregor.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUNKU MUHAMMAD SAAD TUNKU DAUDTUNKU MUHAMMAD SAAD TUNKU DAUD ( ?  -  ?  ), pemimpin menentang pendudukan Siam di Kedah dari tahun 1838 hingga tahun 1839.  Dia ialah anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah.  Semasa Siam menyerang dan menakluki Kedah pada 12 November 1821, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah berundur ke Pulau Pinang dan seterusnya berada dalam buangan di Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,

memorial yang menyimpan dan mempamerkan

barang-barang milik Tunku Abdul Rahman Putra,

Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia

ditubuhkan untuk mengingati dan mengenang jasa

dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra

kepada negara. Memorial ini menjaga, menyimpan,

dan memulihara segala bahan-bahan arkib,

muzium dan perpustakaan milik Tunku Abdul

Rahman Putra dan hal-hal yang berkaitan

dengannya, mempamerkan kepada pelawat bahan-bahan

miliknya dan yang berkaitan dengannya,dan

menyediakan kemudahan rujukan kepada

penyelidik tentang sejarah perjuangan, jasa serta

sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada

negara. Memorial ini turut berperanan

menimbulkan kesedaran dan nasionalisme kepada

generasi sebagai monumen yang kekal sebagai

peninggalan sejarah, dan untuk menjadikannya

sebagai salah satu tarikan kepada pelancong.

UMUM
TUNKU KUDINTUNKU KUDIN ( ? -1905), pentadbir dan pemimpin di Selangor.  Nama sebenarnya ialah Tunku Thiauddin atau Dhiauddin, putera Sultan Zainal Rashid dan adinda Sultan Ahmad Tajuddin.  Ketokohannya menonjol selepas berkahwin dengan Tunku Arfah (Tunku Chik) puteri Sultan Abdul Samad, pada tahun 1868.  Selepas perkahwinan itu, Sultan Abdul Samad melantiknya sebagai wizurai, atau wakil raja Selangor memandangkan kebolehan dan kecekapan kepimpinan serta latar belakang pendidikan Inggerisnya.  Sebagai wizurai dia diberi kuasa mentadbir Selangor bagi pihak Sultan Abdul Samad.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUNKU ANUM RAJA JAMBANGANTUNKU ANUM RAJA JAMBANGAN (  ?  - 1853), pembesar empat Kedah, bergelar Seri Paduka Raja.  Tidak diketahui dengan tepat tarikh kelahirannya tetapi semasa pendudukan Siam di Kedah (1821-1842), dia dianggap seorang tokoh tua yang disegani di Kedah.  Nama penuhnya ialah Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman, keturunan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778).  Bagaimanapun dia lebih dikenal dengan gelaran Tunku Paduka Raja Jambangan.  Gelaran ini diperolehnya pada bulan Ogos 1809 apabila dilantik oleh Sultan Ahmad Tajuddin sebagai ketua utusan bunga mas dan perak.  Dengan tugas ini dia dikehendaki mengetuai rombongan menghantar ufti ke Ligor sebelum dikirimkan ke Bangkok.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMANYAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN, tabung pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.  Yayasan ini ditubuhkan bagi memperingati jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.  Yayasan Tunku Abdul Rahman telah ditubuhkan secara rasmi melalui Akta Parlimen Bilangan 43, bertajuk Akta Tabung AmanahYayasan Tunku Abdul Rahman.  Akta ini diluluskan di Parlimen pada 15 Julai 1966.  Tujuan tabung pendidikan ini diadakan adalah bagi membantu pelajar-pelajar Melayu pada peringkat pengajian tinggi.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA (1903-1990), Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia yang pertama serta Presiden UMNO yang kedua (1951-1970).  Dia juga digelar sebagai Bapa Kemerdekaan.  Tunku Abdul Rahman lahir pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.  Dia adalah putera ketujuh Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Syah.  Bondanya bernama Che Manjalara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUNKU YAAKOP IBNI SULTAN ABDUL HAMIDTUNKU YAAKOP IBNI SULTAN ABDUL HAMID (1879-1990), pentadbir dan diplomat.  Dia lahir pada 27 Disember 1879 dan merupakan putera kelapan belas Sultan Abdul Hamid dengan Syarifah Fatimah binti Syed Idrus.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YAMTUAN ANTAHYAMTUAN ANTAH (  ?  -1887), Yamtuan Negeri Sembilan (1876-1887).  Nama penuh baginda ialah Tunku Laksamana Antah ibn Almarhum Raja Radin. Baginda pernah memakai gelaran Alwatak birabbi-ghapur Yamtuan Tunku Antah Seri Menanti ibn Almarhum Yamtuan Raja Radin @ Almalikulmanan al-Sultan Tunku Antah ibn Almarhum Raja Radin. Baginda ialah putera Yamtuan Radin dan cucu kepada Raja Lenggang (raja yang terakhir dijemput dari Minangkabau untuk dirajakan di Negeri Sembilan).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tunku