Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Wasiat Terakhir Tunku Pesanan TunkuWasiat Tunku Pesanan Terakhir TunkuTatabahasa12.11.2008
Tunku Abdul Rahman merupakan anak kepada Sultan Kedah. Adakah Tunku Abdul Rahman turut digelar putera? Kalau digelar putera, adakah kata ganti nama diri yang sesuai digunakan untuk mengelar Tunku Abdul Rahman ialah baginda dan bukannya beliau? Semoga tuan/puan dapat membantu saya dalam kekeliruan ini kerana saya masih keliru akan kata ganti nama diri yang paling tepat dan sesuai untuk digunakan semasa menggelar Tunku Abdul Rahman.Merujuk Kamus Dewan, baginda ialah kata ganti nama untuk kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul. Berdasarkan makna tersebut, kata ganti yang tepat untuk Tunku Abdul Rahman ialah beliau.Lain-lain13.02.2017
Selamat pagi tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang kata ganti nama diri ketiga yang sesuai untuk mengelar Tunku Abdul Rahman. Saya agak keliru kerana Tunku Abdul Rahman merupakan anak kepada Sultan Kedah. Namun, Tunku Abdul Rahman juga merupakan Perdana Menteri Malaysia. Sesetengah buku menggunakan kata ganti nama diri ketiga 'beliau' tetapi sesetengah buku guna 'baginda'. Semoga tuan/puan boleh membantu menyelesaikan kekeliruan saya ini. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, baginda ialah kata ganti nama untuk kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul. Berdasarkan makna tersebut, kata ganti yang tepat untuk Tunku Abdul Rahman ialah beliau.Tatabahasa08.02.2017
Apakah kata ganti nama diri untuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam ayat di bawah? Baginda atau beliau? Terima kasih. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia. Baginda/Beliau telah mengetuai rombongan ke London bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
1. Menurut data kami, kata ganti nama diri bagi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah "beliau".
Lain-lain09.08.2016
Tunku Abdul Rahman Al-Haj ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. __________ diputerakan di Alor Star, Kedah. Soalan: manakah pilihan jawapan yang sesuai beliau @ baginda. Terima kasih.Tunku Abdul Rahman Al-Haj ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baginda diputerakan di Alor Star, Kedah. Tatabahasa05.08.2008
Saya mencari ejaan jawi untuk gelaran TUNKU , bagaimana ejaan yg sebenarnya.

Ejaan Jawi bagi perkataan tunku ialah:

           

Ejaan22.03.2023
Tunku Abdul Rahman merupakan pemimpin yang banyak berjasa ____ negara. A. Untuk B. Kepada Sama ada kedua-dua jawapan ini diterima? Tolong berikan penjelasan. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah: Tunku Abdul Rahman merupakan pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.Tatabahasa21.12.2013
Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. Pilih perkataan seerti bagi beroperasi. A. berjalan B. bertugas C. bergegas D. berlabuh Bagi soalan ini, antara A dan B, yang manakah jawapan yang paling tepat?Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. perkataan seerti yang paling hampir ialah A. berjalan  (bergerak dari satu tempat ke satu tempat).Tatabahasa01.09.2010
Apakah terjemahan bagi 'elevation'? Satu sumber yang telah saya rujuk memberi terjemahan sebagai 'pelan tegak aras tinggi'. Tk.

Tunku Noraidah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Jawapan yang Tunku dapat itu memang betul jika kita melihat istilah dalam bidang geografi atau ukur bahan. Manakala jika diterjemah secara terus ia bermakna

  • n 1. act of moving to higher position, pengangkatan, penaikan, mengangkat, menaikkan; 2. act of causing to rise, penaikan, menaikkan; 3. act of making higher, peninggian; 4. act of appointing, pengangkatan; 5. (RC) pengangkatan; 6. height, a. (altitude esp above sea-level) ketinggian, aras tinggi: the hotel is located at an ~ of 3,000 metres, hotel itu terletak pd ketinggian 3,000 meter; b. position, tempat, kedudukan: this plant is found only at lower ~s, tumbuhan ini hanya terdapat di tempat yg kurang tinggi sahaja; c. place higher than surroundings, tempat tinggi: the memorial was built on a rocky ~, tugu itu didirikan di tempat berbatu yg tinggi; 3. (of style etc) ketinggian, kemulukan; 4. (archit) pelan tegak: front ~, pelan tegak depan; 5. (angle), (sudut) dongakan.
  • Istilah23.03.2009
    Mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata sapaan bagi individu yang bergelar nik,engku,ku,syed,megat,tuan,tengku,tunku, wan. Mana satu yang layak menggunakan Yang Mulia di awal nama.....

    Jika individu yang bergelar nik, engku, ku, syed, megat, tuan, tengku, tunku dan wan daripada kalangan rakyat biasa, gelarannya ialah tuan/puan. Walau bagaimanpun jika empunya nama tersebut daripada kalangan kerabat diraja, maka gelaran yang digunakan ialah Yang Mulia. 

    Lain-lain21.09.2011
    Tesaurus
    Tiada maklumat tesaurus untuk kata tunku