Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam Mohon perbetulkan penggunaan kosa kata/ayat. 1. Permohonan masuk ke tingkatan empat sains tulen. 2. Permohonan memasuki tingkatan empat sains tulen. 3. Permohonan masuk tingkatan empat sains tulen. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah “Permohonan masuk ke Tingkatan Empat Sains Tulen.”  Tatabahasa22.10.2023
Tuan, Ejaan TULEN tertera dalam Kamus Dewan. Cuma saya ingin tahu adakah ejaan tersebut termasuk dalam pola ejaan huruf vokal yang termasuk dalam 18 pola. Kenapa tidak dieja TULIN yang mengikut pola u-i. Terima kasih

Kata 'tulen' berasal daripada bahasa Indonesia. Sama seperti 'perabot', 'tulen' juga terkecuali daripada pola keselarasan vokal dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

 

 

Tatabahasa07.04.2011
Padanan perkataan whole dalam ayat di bawah ini ialah tulen. Adakah ia tepat atau mempunyai padanan lain yang lebih sesuai? Mixed spice 333. (1) Mixed spice shall be the mixture of two or more types of spices, whether whole or ground and includes curry powder and curry paste. Rempah campur 333. (1) Rempah campur hendaklah campuran dua atau lebih jenis rempah, sama ada tulen atau dikisar, dan termasuklah serbuk kari dan pes kari.Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "whole" dalam ayat tersebut ialah tulen atau seluruh bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.Lain-lain01.07.2021
Huraian tentang perkataan Akronim tulenMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, akronim ialah kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  Istilah14.05.2009
Mengenai peristilahan, jika istilah bahasa asing tersebut merupakan pinjaman tulen tidak asimilasi ke dalam bahasa Melayu, perlukah dieja miring? Contohnya, bona fide esprit de corps fait accompli weltanschauung aspirin dan juga, Wikipedia, Facebook, Whatsapp. Terima KasihEjaan miring (italic) boleh digunakan untuk istilah atau perkataan yang tiada padanannya dalam bahasa Melayu, tetapi untuk kata nama seperti Facebook, Wikipedia dan seumpamanya tidak perlu ejaan miring (italic) hanya menggunakan huruf besar pada pangkal.  Ejaan10.05.2020
HURUF KONSONAN DAN HURUF VOKALVokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dan lain-lain. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut.Tatabahasa19.04.2013
concentrate the stock clear basic stockmemekatkan stok dan tulen/asli stok asas jernihLain-lain26.03.2007
apakah bezanya bumiputera dng melayuKamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. 

Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (ter­utama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) meme­layukan: ~ istilah.
Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu.
Tatabahasa28.11.2012
Senarai vowel dan konsonan Bahasa MelayuVokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dll. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut.Lain-lain20.02.2010
Saya ada kekeliruan, dalam terjemahan, andai kata teknik terjemaha nitu merupakan pinjaman/serapan sepenuhnya/tulen, dan perkataan itu terakam di dalam entri kamus dewan/prpm. adakah perkataan sebenar perlu dimiringkan atau tidak kerana telah dipinjam sepenuhnya. Contohnya: golf, prima facie serta kata nama khas dalam bahasa asing. Terima Kasih.

Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Keempat (halaman 153), huruf condong digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Contoh: prima facie, lingua franca, mala fide, ad hoc, ad lib.

Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada di dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu dicondongkan. Contoh:

suai padan (copy fitting)

kebebasan seni (poetic licence)

kos sut (marginal cost)

Tatabahasa14.12.2023
Tesaurus
 
tulen (adjektif)
Bersinonim dengan asli, jati, murni, ceria, asali;,
Kata Terbitan : ketulenan,