Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Semalam ada mimpiku tuan, Mimpi kelapa patah tandan; Semalam ada mimpiku tuan, Tuan kuriba sebelah tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kacip baling ke bulan, Bintang tidak meninggi hari; Saya ke mari menghadap tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Malam tadi mimpikan bulan, Bulan kumimpi si bujur telur; Malam tadi mimpikan tuan, Tuan kumimpi dikandung tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Harap-harap kelapa puan, Tidak puan kelapa bali; Harap ke mari kepada tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak belimbing condong ke dapur, Tetak tunjang dari dahan; Minta sirih dengannya kapur, Minta sekali dengan tuan-tuan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mana tuan tidak ke laut, Tuan menyelam batang tenggelam; Mana tuan tidak merungut, Tuan menghibur hati yang dendam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tuan haji berbaju jubah, Turun ke padang menembak rusa; Tuan mengaji memuji Allah, Tuan sembahyang mengampun dosa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Sayang keduduk balik rumah, Akar menyorok tiang seri; Tuan duduk tuan punya rumah, Kami nak pulang minta diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Jangan diharap kelapa puan, Kelapa puan kelapalah Bali; Jangan diharap adinda tuan, Makanya tuan siapa lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Harap-harap kelapa puan, Sudah puan kelapa Bali; Sudah harap kepada tuan, Sudah tuan siapa lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
tuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,

2. Bersinonim dengan encik: saudara

Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan,

Puisi
 

Semalam ada mimpiku tuan,
     Mimpi kelapa patah tandan;
Semalam ada mimpiku tuan,
     Tuan kuriba sebelah tangan.



Lihat selanjutnya...