Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perkataan yang sesuai untuk Trade in. Contoh: Trade in your old broomstick | Istilah bahasa Melayu untuk "trade in" ialah tukar beli. | Istilah | 06.10.2016 |
salam sejahtera. adakah papan iklan "Sains Trade"sesusi , mengelirukan atau perlu diganti dengan perkataan lain? | Terjemahan trade dalam bahasa Melayu ialah niaga, dagang atau perdagangan. Frasa Sains Trade adalah mengelirukan dan berbentuk bahasa rojak. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah Sains Perdagangan bukan Sains Trade. | Istilah | 31.01.2011 |
Bercadang untuk menggunakan perkataan 'trade' dan commerce' dalam satu ayat. Apakah padanan bagi perkataan 'trade' dan 'commerce' dalam BM? contoh ayat: apa-apa usaha niaga atau penglibatan dalam mana-mana tred , perdagangan, profesion, pekerjaan atau mana-mana aktiviti seumpamanya yang lain adakah tred perkataan yang tepat bagi membezakan perkataan 'trade' dan c'comerce'? | Tiada perbezaan yang ketara berkaitan perkataan "trade" atau "commerce" kerana kedua-dua perkataan ini diterjemahkan sebagai "perniagaan" atau "perdagangan". Kedua-dua perkataan ini juga boleh digunakan di dalam satu ayat secara bersilih ganti. Tiada istilah "tred" yang merujuk bidang Perniagaan atau Perkhidmatan Kewangan. | Makna | 20.04.2022 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk "trade union density" dan "union busting"? Contoh ayat seperti berikut: 1. The decline in trade union density among these workers shows that a large proportion of them are in the private sector. 2. Union busting is a range of activities undertaken to disrupt or prevent the formation of trade unions. | Perkataan trade union density boleh diterjemahkan kepada kadar keahlian kesatuan pekerja atau kekuatan kesatuan pekerja dan union busting boleh diterjemahkan kepada mengurangkan kuasa atau memusnahkan kuasa kesatuan pekerja. Walau bagaimanpun cadangan ini perlu disesuaikan dengan konteks ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2018 |
Trade In | Trade In | Lain-lain | 18.06.2007 |
Apakah istilah bahasa Melayu untuk trade-in, iaitu proses pertukaran jual barang semasa pembelian barang. Contohnya jual kereta lama untuk beli kereta baharu, kita akan trade-in kereta lama | Istilah bahasa Melayu untuk "trade-in" ialah tukar beli. | Istilah | 11.09.2013 |
Assalamualaikum dan Salam Hormat, Saya merujuk email terdahulu berkaitan istilah inter-empire trade. Secara ringkasnya inter-empire trade merujuk kepada jaringan perdagangan dalam kalangan tanah jajahan dalam empayar (dalam kes ini merujuk kepada empayar British). Saya petik daripada dokumen Persidangan Imperial British pada tahun 1920-an, Canada is a great exporter to South Africa, and I hope it may be possible, not only with regard to Canada but also with regard to Australia and New Zealand and other portions of the Empire, to make arrangements which will be mutually beneficial and helpful in fostering inter-Empire trade. Sekian, terima kasih. | Berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perdagangan antara empayar. | Istilah | 15.02.2017 |
Assalamualaikum dan Salam Hormat, Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'inter-empire trade' dalam bahasa Melayu ? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "inter-empire trade". Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 14.02.2017 |
Apakah perkataan yang sesuai untuk "union-busting" dalam Bahasa Malaysia? Contoh ayat: Employers regularly employ union-busting tactics to suppress trade unions. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi 'Employers regularly employ union-busting tactics to suppress trade unions' ialah 'Majikan kerap menggunakan taktik penghapusan kesatuan pekerja untuk menekan kesatuan sekerja.' | Makna | 30.04.2020 |
Salam sejahtera. Saya amat berbesar hati jika Tuan/Puan dapat memberi bantuan istilah Bahasa Melayu untuk "trade dress", yang merupakan suatu bentuk hak harta intelektual berdasarkan ciri-ciri visual sesuatu produk. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, belum terdapat padanan khusus bagi istilah trade dress. Kami akan panjangkan pertanyaan ini kepada JK Istilah Semasa untuk mendapatkan padanan yang sesuai dan memberi maklum balas melalui e-mel tuan. | Istilah | 12.05.2019 |