Kata |
Takrif |
Sumber |
tongkah II | = ~ kain kain yg dijahitkan pd bahagian atas kain sarung (batik dsb) utk melabuhkannya; bertongkah ada dijahit tongkah: kain sarungnya ~; menongkah menambah panjang pd sebelah atas (kain dll) dgn menjahitkan tongkah, menyambung pd sebelah atas: semua kain sarungnya perlu ditongkah; ~ seluar menyambung seluar di sebelah atas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tongkah II | ; menongkah menyambung pd bahagian atas kain dsb; menambah panjang pd bahagian atas: ~ kain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tongkah I | ; menongkah 1 membubuh papan dll di tempat yg becak atau yg berlumpur supaya dpt dilalui. 2 menyongsong arus dll. 3 melawan atau menentang: Tidak pernah ia ~ perintah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tongkah III | bongkah, blok, ketul: susu menjadi beku dan boleh dipotong menjadi ~-~ empat persegi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tongkah kain | kain yg dijahitkan pd bahagian atas kain sarung (batik dsb) utk melabuhkannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tongkah I | ; papan ~ papan sbg titi utk berjalan di tempat yg berlumpur dll; menongkah 1. membubuh papan di tempat yg berlumpur dll utk titi berjalan, berjalan di papan, meniti; 2. menyongsong arus dll; ~ air menyongsong air; ~ arus menyongsong arus; ~ pasang (surut) menempuh pasang (surut); 3. melawan, menentang: tidak pernah ia ~ perintah; ke hulu ~ surut, ke hilir ~ pasang prb selalu rugi (sial); tongkahan landasan, titian, tumpuan (berjalan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tongkah II; menongkah | menyambung pd bahagian atas kain dsb; menambah panjang pd bahagian atas: ~ kain. | Kamus Pelajar |
tongkah I; menongkah | 3 melawan atau menentang: Tidak pernah ia ~ perintah. | Kamus Pelajar |
tongkah I; menongkah | 2 menyongsong arus dll. | Kamus Pelajar |
tongkah I; menongkah | 1 membubuh papan dll di tempat yg becak atau yg berlumpur supaya dpt dilalui. | Kamus Pelajar |