Kata |
Takrif |
Sumber |
tiru | ; meniru 1 mengikut perbuatan atau gaya orang lain; mencontoh: Kanak-kanak suka ~ gaya orang tua itu berjalan. 2 membuat sesuatu yg bukan asli atau yg tidak tulen: Budak penipu itu pandai ~ tandatangan orang lain. tiruan hasil drpd meniru; sesuatu yg tidak asli atau yg tidak jati: getah ~ getah yg bukan asli. peniruan perbuatan atau hal meniru. peniru orang yg (suka) meniru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tiru-tiruan | suka meniru-niru: ia mesti berpunca drpd jiwa dan lubuk hati pelakonnya sendiri dan bukan semata-mata ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiru teladan | (sesuatu yg menjadi) contoh, teladan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiru; meniru | peniru orang yg (suka) meniru. | Kamus Pelajar |
tiru; meniru | tiruan hasil drpd meniru; sesuatu yg tidak asli atau yg tidak jati: getah ~ getah yg bukan asli. | Kamus Pelajar |
tiru; meniru | 2 membuat sesuatu yg bukan asli atau yg tidak tulen: Budak penipu itu pandai ~ tandatangan orang lain. | Kamus Pelajar |
tiru; meniru | 1 mengikut perbuatan atau gaya orang lain; mencontoh: Kanak-kanak suka ~ gaya orang tua itu berjalan. | Kamus Pelajar |
tiru | ~ teladan (sesuatu yg menjadi) contoh, teladan; meniru 1. mengikuti perbuatan (perkataan, gaya, cara, dll) orang dll, mencontoh, meneladan: kanak-kanak dgn senang dapat mem-bentuk sesuatu tabiat dgn jalan ~; ahli kelakar itu berkelakar dgn ~ cara bangsa lain bercakap; 2. membuat sesuatu yg bukan asli (tulen), memalsukan: orang Jepun dapat ~ berbagai-bagai jenis barang buatan Eropah; ~ tandatangan orang; meniru-niru mengikut-ikut (perbuatan dll orang), menyama-nyamai: pd sangka mereka itu, sekalian ilmu mengarang itu suatu pekerjaan yg ringan, boleh mendapat dgn mendengar-dengar dan ~ sahaja; tertiru-tiru terikut-ikut: dgn ~ sikap seseorang boleh menjadi kafir; tiruan 1. perbuatan meniru; 2. hasil meniru (bukan asli atau tulen), hasil drpd usaha mem-buat sesuatu yg sama atau hampir sama dgn yg asli; getah ~ getah buatan (bukan getah asli); sutera ~ sutera buatan (bukan sutera asli); tiru-tiruan suka meniru-niru: ia mesti berpunca drpd jiwa dan lubuk hati pelakonnya sendiri dan bukan semata-mata ~; peniruan perihal (proses, perbuatan) meniru: kami tidak menggalakkan ~ terus teknik Jepun ataupun falsafah pengurusan dan kebuda-yaan mereka; peniru orang yg meniru: kita akan menjadi ~ Barat yg sentiasa taat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertiru-tiru | terikut-ikut: dgn ~ sikap seseorang boleh menjadi kafir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salin | tukar (pakaian, nama, dll), ganti (kenaik-an), tiru (tulisan, karangan, dll); (se)~ tak tumpah prb dua orang yg serupa benar; bersalin 1. bertukar (pakaian dll), berubah (warna, kulit, bulu, dll): dia mahu ~ pakaian; 2. bh melahirkan anak, beranak: maka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~; bersalin-salin bertukar-tukar, berganti-ganti; menyalin 1. menukar (dgn yg lain), meng-ganti: pakaian hendaklah selalu disalin; 2. memindahkan (ke bekas, tempat lain, dll): penjaga kedai itu sedang ~ minyak ke dlm botol; 3. meniru, menulis (serupa dgn yg ada): bapaku diupah utk ~ hikayat-hikayat yg tua itu; 4. menterjemah: pd hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa Melayu; menyalini, mempersalin, mempersalini sl memberi hadiah atau anugerah (dgn selengkap pakaian): maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi spt pakaian dirinya; utusan hendak bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari; mempersalinkan sl menghadiahkan seleng-kap pakaian, menganugerahkan: baiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun Tuah supaya kita persalinkan dia; salinan 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; persalinan, persalin 1. = pesalin sl seleng-kap pakaian (sbg hadiah): segala orang yg datang itu semuanya dianugerahinya pesalin; 2. pakaian utk bersalin: diambilnya pakaian dua ~, satu pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan; 3. perihal bersalin: ~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap; penyalinan perbuatan dsb menyalin (sesuatu naskhah dsb); penyalin 1. orang yg menyalin (menterjemah dll): ~ hikayat tersebut ialah seorang peranakan; 2. alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
faddish | adj 1. (of person) suka /meniru-niru, mengikut-ikut/: ~ teenagers, muda-mudi belasan tahun yg suka meniru-niru; 2. (of things) menjadi /tiru-tiruan, ikut-ikutan, fad/: the ~ collection of autographs among schoolchildren,pengumpulan autograf yg menjadi tiru-tiruan di kalangan murid-murid sekolah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
imprinting | tanggap tiru | tanggap tiru | tanggap tiru | Perubatan |
mimicry | tiru bunyi/mimikri | tiru bunyi | ajukan | Kesusasteraan |
onomatopoeia | onomatope | tiru bunyi/onomatopia | tiru bunyi/onomatopia | Kesusasteraan |
cheat shot | ambilan tiru | ambilan tipu | syot elat | Komunikasi Massa |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
forgery | pemalsuan; karya tiru | Kesenian | Tiada | 2. Karya tiru: Lukisan atau foto yang palsu, ditiru daripada yang asal dengan tujuan menipu. |
mimicry | tiru bunyi | Kesusasteraan | Puisi | Gaya penyair mengungkapkan perasaan bagi mencitrakan sesuatu, khususnya bunyi yang disebabkan oleh benda jatuh, pecah, bergeser, meletup atau bunyi daripada burung, alatan muzik dan sebagainya. Walau bagaimanapun bunyi yang dihasilkan dengan menggunakan wahana bahasa dalam sesebuah puisi itu hendaklah sama, lantaran terbatasnya keupayaan bahasa meniru sesuatu bunyi itu. A. Ghafar Ibrahim merupakan seorang penyair tanah air yang kerap meniru bunyi ini dalam puisi-puisinya terutama yang terkumpul dalam "Tak-tak-tun" dan "Tan Sri Bulan". Sinonim ajukan, onomatopia. |
onomatopoeia | tiru bunyi | Kesusasteraan | Puisi | Bahasa kiasan yang diterapkan oleh penyair yang lazimnya dipadankan atau ditiru daripada sesuatu bunyi, suara, siulan atau gema yang dikeluarkan sama ada oleh manusia, binatang atau objek tertentu. Contohnya, puisi berjudul "Gakgakgak" Karya A. Ghafar Ibrahim. Sinonim ajukan, onomatopia. gagak-gagak bukan mau berlagak gagak-gagak jiwa mereka menggelegak hidupkan api api kehidupan segar nikmati sepi sepi yang tidak mati-mati gak ... |
transitory fad | tiru-tiruan sementara | Sejarah | Tiada | Tiada |
fakes | karya tiru | Kesenian | Tiada | Lukisan atau foto yang palsu, ditiru daripada yang asal dengan tujuan menipu. |
imitative art | seni tiru | Linguistik | Tiada | Tiada |
figure-copying test | ujian tiru bentuk | Pendidikan | Tiada | Tiada |
mimicry | ajukan | Kesusasteraan | Puisi | Lihat tiru bunyi. |
onomatopia (/g. onomaetopoiea | onomatopia (/g. onomaetopoiea) | Kesusasteraan | Puisi | Lihat tiru bunyi. |
acute pain | sakit akut | Kejururawatan | Tiada | Perihal kesakitan yang bercirikan kesegeraan respons disebabkan oleh rangsangan noksius serentak berserta kerosakan tiru, diiringi dengan tindak balas automatik. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
tiru | meluat, lihat juga tika | - | - | tika tiru | - | lihat tika | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
tika | luat, meluat | - | - | tika tiru | - | sekali, meluat sangat | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lancung | tiru [tiru] | Melanau Dalat | |
imitasi | tiru [tiru] | Melanau Dalat | |
tiru | tiru; | Melanau Mukah | |
tiru | tiruk | kedayan | |
tahut | tiru; | Melanau Mukah | |
tirok | lihat tiru. | Melanau Mukah | |
tibuok II | tiru; | Melanau Mukah | |
kupi II | tiru, salin. | Melanau Mukah | |
silut II | plagiat, tiru; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tiru-tiruan | [ti.ru.ti.ruan] | تيرو-تيروان |
tiru | [ti.ru] | تيرو |
tertiru-tiru | [ter.ti.ru.ti.ru] | ترتيرو-تيرو |
|
|