Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apa perbezaan personafikasi dan hiperbola ?

Personafikasi bermaksud memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang atau benda-benda yang abstrak.

Hiperbola  bermaksud gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/

Lain-lain19.08.2022
1. mengesan penjenayah atau menjejaki penjenayah ?

Kedua-duanya betul. Mengesan bermaksud mencari-cari (mengikut) dengan berpandukan kesan (bekas, jejak), manakala menjejaki bermaksud mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dan sebagainya).  

Tatabahasa24.05.2011
Kepimpinan dan kepemimpinan,sama maksud atau lain maksud?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.Makna17.01.2012
Allah menurunkan model kepimpinan/kepemimpinan sama ada dari segi keperibadian mahupun kepimpinan/kepemimpinan universal.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Dalam konteks ayat yang diberikan, kami berpendapat perkataan yang lebih sesuai dan tepat ialah kepemimpinan.Makna10.04.2012
Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'mengabui' dan 'mengaburi'? (kabur)Mengabui ialah 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai. Mengaburi pula ialah menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.08.2010
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: 

strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.

Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina.

Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

Istilah15.01.2010
apakah yang dimaksudkan dengan leadership? kerana sesetengah pengkaji berpendapat kepimpinan dan sesetengahnya kepemimpinan. yang mana satu harus digunakan dalam kajian saya yang bertajuk Instructional Leadership setelah dialih ke bahasa melayu. terima kasih!!Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Oleh itu, puan boleh pilih salah satu yang bersesuaian dengan konteks dan konsep istilah tersebut.Makna28.02.2013
Saya ingin bertanya, kata panggilan hormat untuk presiden sekiranya presiden itu adalah perempuan. Perlu kekalkan menggunakan nama Tuan atau Puan? Contohnya : Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat wanita yang pertama, yang dipanggil Tuan Presiden oleh kakitangannya, akan memastikan keamanan dunia tercapai di bawah pentadbirannya. Tuan Presiden, tuan adalah orang yang paling berkuasa di dunia. Apa sahaja tindak-tanduk tuan mampu mengubah dunia, kata Julius, selaku penasihat kanan kepada presiden itu. Sekian, terima kasih.Kata tuan walaupun sinonim dengan lelaki, tuan juga merupakan sapaan kepada orang yang dihormati. Jika dirangkaikan dengan jawatan sapaan yang tepat dalam konteks bahasa Melayu ialah Tuan Presiden walaupun beliau seorang perempuan.Lain-lain02.01.2014
Mana yang lebih sesuai untuk penggunaan kepimpinan/kepemimpinan dalam anugerah: Anugerah Kepimpinan Akademik ataupun Anugerah Kepemimpinan Akademik.
Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-­tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.
Contoh ayat: 
i.  Kepimpinan melalui teladan.
ii. Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya
Makna30.03.2021
Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi.Kedua-dua istilah  iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership".   Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-­tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.Contoh ayat: 
i.     Kepimpinan melalui teladan.
ii.    Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya.

Jawapan:
i.      Badan Kepimpinan Pelajar
ii.     Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti
iii.    Perkataan “Integrasi” tidak sesuai digunakan dalam frasa ini kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “Integrasi” membawa maksud bergabung dan berpadu.

Tatabahasa19.02.2020
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tindak-tanduk;