Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TIMBANGAN APOTEKARI

Timbangan apotekari ialah satu sistem

timbang yang pada satu masa dahulu digunakan

secara meluas oleh pakar farmasi bagi tujuan

preskripsi. Sistem timbang ini membahagikan

setiap paun kepada 12 auns, setiap auns kepada

8 dram, setiap dram kepada 3 skrupel dan setiap

skrupel kepada 20 grain. Dalam sistem apotekari

dan troy, 5760 grain menjadikan 0.37 kilogram.

Dalam sistem avoirdupois ada 7000 grain dalam

0.45 kilogram.

Lihat juga Sistem metrik; Timbangan dan

ukuran.

UMUM
TIMBANGAN DAN UKURAN

Timbangan dan ukuran ialah piawai yang

digunakan untuk mencari saiz benda. Sistem

ukuran yang terawal berdasarkan pada unit seperti

kaki dan hasta (panjang lengan bawah manusia)

yang mudah digunakan, atau berdasarkan pada

berat logam berharga. Sistem ini telah digantikan

dengan sistem metrik, yang dicipta di Perancis

pada tahun 1790-an, berdasarkan pada meter, gram

atau kilogram, dan saat.

UMUM
AVOIRDUPOIS

Avoirdupois ialah sistem timbangan

untuk barang dagangan biasa yang agak

besar, seperti batu arang, bijirin, atau bahan

makanan. Sistem ini telah digunakan di

Komanwel British dan Amerika Utara, tetapi

sebahagian besarnya telah digantikan dengan

sistem metrik. Perkataan avoirdupois berasal dari

perkataan Perancis bermakna barang-barang

berat . Asas sistem ini ialah paun, yang

bersamaan dengan 0.45 kilogram. Satu paun

avoirdupois mengandungi 7000 grain. Ia

dibahagikan kepada 16 auns, setiap auns

bersamaan dengan 16 dram. Paun Troy dan

apotekari, digunakan untuk menimbang logam

berharga dan permata, yang bersamaan dengan

0.37 kilogram, dan mengandungi 5760 grain.

Paun ini dibahagikan kepada 12 auns. Dalam

sistem yang menggunakan paun, berat grain

adalah sama 65 miligram.

Rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia

termasuk:

Auns Paun

Berat Timbangan dan ukuran

UMUM
TAEL

Tael adalah unit timbangan Cina yang

menunjukkan harga perak seunit. Walaupun

nilainya selalu berubah, tael adalah nilai asas bagi

wang Cina hingga tahun 1935.

UMUM
SURAH AL-MUTAFFIFIN

Surah al-Mutaffifin ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-83 mengikut

susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi

36 ayat. Ia dinamakan al-Mutaffifin (orang-orang

yang tidak berlaku adil dalam timbangan dan

sukatan) kerana pokok perbincangan surah ini ialah

tentang manusia yang tidak berlaku adil dalam

perniagaan iaitu daripada segi timbangan dan

sukatan.

UMUM
PIAWAI PERDAGANGAN

Piawai perdagangan memastikan

perdagangan dijalankan secara jujur dan adil. Di

Britain , majlis kaunti mentadbirkan jabatan piawai

perdagangan, yang menguatkuasakan peraturan

kerajaan pusat ke atas perundangan pengguna.

Tanggungjawab jabatan ini meliputi pelbagai

bidang termasuk kawalan mutu, serta timbangan

dan ukuran. Jabatan ini juga menguatkuasakan Akta

Perihal Perdagangan.

UMUM
TAN

Tan ialah nama tiga unit berlainan yang digunakan

untuk mengukur berat dan kapasiti. Unit-unit itu

ialah tan panjang , tan pendek , dan tan metrik . Tan

panjang dan tan pendek sering digunakan di

Amerika Syarikat, tetapi tan metrik digunakan oleh

hampir semua negara lain. Tan panjang bersamaan

1016 kilogram, tan pendek bersamaan 907 kilogram,

dan tan metrik bersamaan dengan 1000 kilogram.

Lihat juga Pengukuran (Mengukur berat); Sistem

metrik; Timbangan dan ukuran.

UMUM
KHATIJAH TERUNGHATIJAH TERUNG (1885-1955), penulis Indonesia. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Dia lebih dikenal sebagai wanita yang mempunyai kehebatan dalam ilmu polong berbanding sebagai penulis. Nama timbangan Terung kepada Khatijah diberi oleh suaminya, Raja Haji Abdullah kerana kulit Khatijah yang cerah laksana terung putih. Semenjak itu, perkataan terung sudah menjadi sebati dengan Khatijah, sehinggakan wanita itu dikenal sama ada Khatijah Terung atau Mak Terung.SASTERATokoh
1