Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Luputlah siang malam berganti, Cahaya terang gelap menjadi; Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya adalah kehendak Ilahi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terang bulan dipancar cahaya, Budak-budak ramai bermain; Kanda kupandang nampak cahaya, Hatiku tidak ke tempat lain.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terang bulan melantak paku, Paku dilantak dalam perahu; Ambil pedang bunuhlah aku, Bercerai kasih tidak kumahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bulan terang memungut paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang hendakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap.
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Luputlah siang malam berganti,
     Cahaya terang gelap menjadi;
Tidak disangka sekali-kali,
     Kesemuanya adalah kehendak Ilahi.



Lihat selanjutnya...