Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mudah jua pada yang ada, sukar jua pada yang tidak.

Takrif

Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak terindang dedak basah.

Takrif

Perselisihan atau perkara yang sangat sukar menyelesaikannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak.

Takrif

Kebiasaan sejak kecil, menjadi tabiat yang sukar diubah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak ada itik yang bertengger.

Takrif

Pekerjaan-pekerjaan yang besar dan sukar tak akan dapat dilakukan oleh orang yang tidak berilmu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar.

Takrif

Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,