Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Puisi ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan, adakah keempat-empat perkataan, iaitu melulusi, meluluskan, melucuti dan melucutkan membawa maksud "menanggalkan"? Adakah keempat-empat perkataan ini dapat menggantikan maksud "menanggalkan"? Contohnya: 1. (a) Dia menanggalkan cincin itu. (b) Dia melulusi cincin itu. (c) Dia meluluskan cincin itu. (d) Dia melucuti cincin itu. (e) Dia melucutkan cincin itu. 2. (a) Adik tidak sanggup menanggalkan pakaian yang cantik ini. (b) Adik tidak sanggup melulusi pakaian yang cantik ini. (c) Adik tidak sanggup meluluskan pakaian yang cantik ini. (d) Adik tidak sanggup melucuti pakaian yang cantik ini. (e) Adik tidak sanggup melucutkan pakaian yang cantik ini. Adakah semua ayat yang saya berikan itu betul? Minta penjelasan tuan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,  melulusi, meluluskan, melucuti dan melucutkan membawa maksud "menanggalkan". Oleh itu, contoh-contoh perkataan yang dinyatakan di atas betul berdasarkan maksud berkenaan.Tatabahasa30.11.2014
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa soalan. 1) Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak. 2) Kampung itu banjir oleh sebab hujan lebat semalam. 3) Saya akan terus berkhidmat selagi diperlukan oleh masyarakat. 4) Kemalangan itu telah menyebabkan Ali lumpuh hingga terpaksa menggunakan kerusi roda. Adakah ayat-ayat di atas betul? Terima kasih.

Keempat-empat ayat tersebut betul:

1. Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak.

2. Kampung itu banjir oleh sebab hujan lebat semalam.

3. Saya akan terus berkhidmat selagi diperlukan oleh masyarakat.

4. Kemalangan itu telah menyebabkan Ali lumpuh hingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

Tatabahasa16.02.2022
Boleh tak tolong periksa ayat-ayat di bawah sama ada betul dari segi tatabahasa? 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis walaupun asap-asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2.Mereka terlalu malas untuk menanam apatah lagi membawa sampah-sarap ke tempat pelupusan sampah atau pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis udara walaupun asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara.

 

2. Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula.

 

3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian.

Tatabahasa10.07.2014
Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. Ini ayat contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pada halaman 1439. Pada masukan ini dinyatakan sementelahan bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi. Bukankah ayat ungkapan yang wajar digunakan dalam ayat contoh ini ialah sementelahan sahaja tanpa pula?Penggunaan "pula" menjadi "sementelahan pula" dalam ayat yang diberikan tidak salah, cuma lewah.Tatabahasa23.02.2009
Salam sejahtera tuan, adakah sungguhpunnamun kata hubung berpasangan? Oleh sebab itu, ayat ini betul? Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak. Jadi, jika namun dalam ayat ini ditukarkan kepada tetapi, ayat ini tidak betul kerana walaupuntetapi bukan kata hubung berpasangan. Betulkah penjelasan ini?Perkataan "namun" mempunyai banyak maksud dan salah satunya ialah "tetapi". Oleh itu, penggunaan "namun" dan "tetapi" dalam ayat ini boleh digunakan bersilih ganti.Tatabahasa19.02.2022
Assalam tuan Adakah sama peribahasa kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai dengan peribahasa kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk maksud peribahasa kalau takut menanggung kesusahan, janganlah melakukan kerja yang susah. Terima kasih Azura

1. Peribahasa "Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai" bermaksud:

Jangan melakukan sesuatu kerja yang berisiko yang kita tidak sanggup/mampu tangani atau hadapi /Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 

2. Peribahasa "Kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk bermaksud:  Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan./
 Jangan lakukan sesuatu kerja yang di luar kemampuan atau kebolehan (kepakaran) kita.

Lain-lain30.05.2019
Istilah perkataan TAKUT & Hormat dalam komunikasi semsa

Takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan;

Hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat);

Makna21.08.2009
SALAM. SAYA INGIN MENDAPATKAN DEFINASI PERKATAAN "TAKUT" DAN H"ORMAT" MENGIKUT DEWAN BAHASA & PUSTAKA

takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan;

hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); 

Makna21.08.2009
1. AMAT baik sekali / SANGAT baik sekali / SUNGGUH baik sekali......Bolehkah saya menggunakan kata-kata penguat ini bersama-sama dengan SEKALI?? 2. bagaimanakah untuk menggunakan "sementelahan" ?bolehkah saya menggunakannya seperti ini :Sementelahan itu (yang bermaksud 'selain itu' ) Terima kasih... :p

1. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan ketiga-tiganya boleh digunakan dengan perkataan "sekali".

2. "Sementelahan" atau "sementelah" bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. Contoh ayat: Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan.

Tatabahasa17.07.2009
apa itu bangkai

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan bangkai bermaksud 1. binatang yg sudah mati: ~ kucing; 2. bk mayat manusia: ~ Hang Jebat; ~ bernyawa ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga, masyarakat dsb, mayat hidup; b) seseorang yg tidak dipedulikan dan dipandang hina oleh keluarga: akhirnya dia tidak sanggup lagi menjadi ~ bernyawa dlm keluarga mereka; 3. ki sesuatu yg telah tua dan rosak: ~ kereta; ~ gajah bolehkah ditudung oleh nyiru prb kejahatan yg besar itu tidak dapat disembunyikan; ada ~ adalah hering prb di mana ada perempuan jahat tentu ada laki-laki yg jahat pula; menjemur ~ ke atas (ke puncak) bukit prb mengaibkan diri sendiri;

Makna16.09.2009
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,