Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air laut hijau siapa celup?

Takrif

Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti keris yang tak payah diasami lagi.

Takrif

Sudah mahir dan tidak payah ditunjuk ajar lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dapat tebu rebah.

Takrif

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dapat kijang teruit.

Takrif

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dapat harta timbul.

Takrif

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dapat harta karun.

Takrif

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Kura-kura kakinya tiada basah, c. Mendapat pisang terkubak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dapat durian runtuh.

Takrif

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mendapat pisang terkubak.

Takrif

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke sawah tidak berluluk, ke ladang tidak berarang.

Takrif

Memperoleh keuntungan tidak dengan bersusah payah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Takrif

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,