Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Cerita yang dibacanya tidak menarik dan (tawar). (b) Dia mendapat (tawar) kerja di syarikat perkapalan. (c) Dia (kosong) matanya kerana dimasuki habuk. (d) Penyewa rumah itu diminta (kosong) rumah secepat mungkin. (e) Dia (tapak) sahaja ke Bentong. (f) Ali duduk sambil (menduga) di atas tangga. (g) Halim (menduga) soalan itu dengan tepat. (h) Dia mengambil sekeping (bocor) dari atas meja itu. (i) Dia memasak kari dengan menggunakan (isi) lembu.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? Jika tidak, tolong berikan ayat yang betul. Terima kasih. (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (5) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali untuk Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan camera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.Berikut merupakan ayat yang betul:

(1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas.

(2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. 


(6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan kamera.
 
(7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah.

(8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.

(9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.
Tatabahasa29.07.2014
Salam sejahtera, adakah ayat-ayat berikut betul/gramatis? 1. Dia demam kerana bermain hujan. 2. Corak batik yang menarik menjadi tarikan ramai. 3. Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai.Ketiga-tiga ayat tidak gramatis. Ayat tersebut boleh diperbaiki menjadi "Dia demam kerana bermain semasa hujan" dan "Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai.Tatabahasa09.05.2013
Yang manakah cara memulakan ayat yang betul dalam surat rasmi kerajaan : Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas atau Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan berhubung perkara yang tersebut di atas.Penggunaan yang betul ialah "Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas ..." atau "Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ...". Ungkapan "saya diarah menarik perhatian tuan" tidak perlu digunakan kerana apabila ketua mengarahkan kita menjawab surat tersebut bermakna kitalah yang perlu mengambil tanggungjawab menjawab surat atau menarik perhatian penerima surat tentang perkara tersebut.Tatabahasa20.06.2011
perbezaan antara maksud perkataan 'persona' dan 'pesona'

Pesona ialah kata Melayu yang bermaksud: guna-guna, mantera, sihir, fitnah.

mempesona: memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian:

Persona ialah kata Inggeris (daripada bahasa Sepanyol) dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Makna03.07.2009
Perkataan lawan bagi "menarik" ialah_____ A. Menghulur B. Melepas C. Menyorong D. MendorongUntuk makluman, perkataan lawan yang tepat untuk menarik ialah menolak . Oleh sebab dalam jawapan yang diberikan tidak terdapat perkataan "menolak", jawapan yang paling hampir ialah mendorong. Walau bagaimanapun, ketepatannya bergantung pada konteks penggunaan.Tatabahasa08.07.2014
Antara dua ayat di bawah, yang manakah mendukung maksud jamak yang betul? (a) Seorang daripada peserta pertandingan nyanyian itu menarik diri. (b) Seorang daripada peserta-peserta pertandingan nyanyian itu menarik diri.Ayat yang betul ialah ayat (a) Seorang daripada peserta pertandingan nyanyian itu menarik diri. Hal ini kerana perkataan peserta itu sendiri sudah terkandung makna banyak, iaitu melibatkan lebih daripada seorang. Secara logiknya juga, dalam pertandingan mestilah disertai oleh ramai peserta. Oleh itu, perkataan peserta tidak perlu dijamakkan. Contoh lain, sebilangan daripada ahli, seramai lima orang pekerja segelintir pemohon dsb.Tatabahasa04.10.2006
Mohon pengesahan ayat yang mana satu betul, dalam penulisan emel / suirat rasmi kerajaan. Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan ATAU Dengan hormatnya saya menjemput perhatian tuan/puan.Ayat yang diberikan tidak lengkap dan itu menyukarkan pihak kami untuk melihat konteks ayat secara keseluruhan. Sungguhpun demikian, pihak kami mencadangkan supaya digunakan ayat: Dengan hormatnya, saya ingin menarik perhatian tuan/puan...Makna05.11.2018
apakah perbezaan maksud seni dan kesenian?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1452-1453, seni - 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan seni tidak akan menarik perhatian orang yang paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yang indah-indah; manakala kesenian pula bermaksud - perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seniman yang tahu menikmati kesenian alam.Makna26.12.2006
Saya tidak menemukan perkataan menyinsing dan sinsing dalam kamus dewan.Apakah maksud perkataan tersebutUntuk makluman tidak terdapat perkataan menyinsing dan sinsing. Ejaan yang betul ialah singsing dan menyingsing. Maksud kedua-dua perkataan tersebut ialah 1. menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek) 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih  3. mulai terbit (fajar), mulai terang 4. menyingkap, mendedahkan  Makna26.07.2011
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,