Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. Adi tidak mahu beri balik telefon bimbit Budi. 2. Adi tidak mahu bagi balik telefon bimbit Budi. 3. Adi tidak mahu kasi balik telefon bimbit Budi. 4. Ana melihat papan tanda yang melarang orang ramai daripada membuang sampah sembarangan. 5. Ana melihat papan tanda melarang membuang sampah sembarangan. 6. Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan. | Ayat yang betul seperti yang berikut: - Adi tidak mahu memberikan semula telefon bimbit Budi.
- Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan.
| Tatabahasa | 18.10.2022 |
Mohon penjelasan: Dalam BM, apakah penggunaan tanda baca yang betul dalam tulisan berikut: Dia berkata, "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata, Kau harus bekerja di sawah." ATAU Dia berkata, "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata, 'Kau harus bekerja di sawah.'" ATAU Dia berkata, "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata: Kau harus bekerja di sawah." | Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata, Kau harus bekerja di sawah." | Ejaan | 14.02.2012 |
Tidak mahu menyusahkan ibu bapa. Merujuk kepada ayat di atas, bolehkah saya kata nilai murninya ialah " taat kepada ibu bapa " ? | Soalan: Tidak mahu menyusahkan ibu bapa. Merujuk kepada ayat di atas, bolehkah saya kata nilai murninya ialah " taat kepada ibu bapa " ? Jawapan: Boleh. | Lain-lain | 10.07.2014 |
tuan, apabila ditanyai, masing-masing tidak mahu menjawab. (adakah ayat ini salah?) TQ | Ayat Apabila ditanyai masing-masing tidak mahu menjawab adalah betul. | Tatabahasa | 18.01.2012 |
abang tidak mahu saya bercerita tentang dasar sejak awal-awal lagi setelah bekerja, dasarnya kita mempunyai tanggungjawab yang besar. (tuan, adakah kedua-dua ayat ini menggunakan perkataan dasar dengan betul, kalau salah, apakah perkataan yang sesuai digantikan? TQ) | Abang tidak mahu saya bercerita tentang dasar sejak awal-awal lagi setelah bekerja, dasarnya kita mempunyai tanggungjawab yang besar. Penggunaan dasar dalah ayat ini kurang tepat kerana dasar bermaksud polisi yang lazimnya digunakan dalam sesebuah organisasi. Sila rujuk kamus dan gantikan dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks ayat dan maksud yang saudara hendak sampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Kenapa perkataan dilabelkan dalam ayat ini adalah salah? "Negara Thai tidak mahu dilabelkan sebagai negara yang hanya bergantung pada negara-negara maju". Terima Kasih | Negara Thai tidak mahu dilabelkan sebagai negara yang hanya bergantung pada negara-negara maju". - penggunaan dilabelkan dalam ayat ini betul kerana label juga membawa maksud (kiasan) mengecap seseorang sebagai mempunyai sifat yang tidak baik seperti jahat dan sebagainya. | Tatabahasa | 09.06.2010 |
1)Budak perempuan yang liat hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya.2)Encik Ali menyedarkan pekerja-pekerja supaya mendukung tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.3)Latif memberitahu saya bahawa dia benar berkeras dengan keputusan yang telah dibuat.TOLONG BETULKAN AYAT-AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH. | Ayat yang betul ialah: 1. Budak perempuan yang keras hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya. 2. Encik Ali menyedarkan pekerjanya supaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. 3. Latif memberitahu saya bahawa dia berkeras dengan keputusan yang telah dibuat. | Tatabahasa | 29.08.2012 |
Apakah maksud 'daya usaha' dalam konteks ayat ini: 'Hal ini sengaja dilakukan kerana kerajaan tidak mahu disalah anggap bahawa mendayausahakan kelahiran MMM ini ialah upaya kerajaan dan bukannya industri media.' Bolehkah frasa ini digunakan sedemikian? | Maksud “daya usaha” dalam konteks ayat ini usaha, ikhtiar, keupayaan melaksanakan sesuatu Ayat yang betul ialah “Hal ini sengaja dilakukan kerana pihak kerajaan tidak mahu disalah anggap bahawa yang mendayausahakan penubuhan MMM ini ialah pihak kerajaan dan bukannya industri media.'” | Tatabahasa | 19.06.2020 |
Dia tetap tidak mahu berdamai. Apakah fungsi kata bagi perkataan tetap di atas | Fungsi perkataan "tetap" dalam ayat tersebut ialah kata tugas yang mendukung makna penegas. | Tatabahasa | 31.07.2020 |
Berikut adalah cubaan terjemahan saya daripada bahasa inggeris kepada bahasa melayu: Please inform our staff on-duty if you do not wish to measure your weight. Sila maklumi staf bertugas sekiranya anda tidak mahu menimbang berat anda. Adakah terjemahan tersebut tepat? Terima kasih | Sila maklumi staf bertugas sekiranya anda tidak mahu menimbang berat. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.03.2023 |