Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Orang membeli kain batik, Sudah habis tidak bertokok; Dari bertunas sudah dipetik, Lama-lama tidak bertokok.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Lama tidak ke ladang puan, Padi ditanam dengan jagung, Lama tidak memandang tuan, Hati beramuk dengan jantung.Pantun Melayu SarawakKasih
Sudah lama tidak ke rimba, Pandan berbuah sudah kini; Sudah lama tidak berjumpa, Badan berubah sudah kini.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sudah lama tidak ke ladang, Lebih padi dari kangkung; Sudah lama tidak terpandang, Hati beramuk dengan jantung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah lama tidak ke rimba, Balam beranakkan anak merbah, Hinggap di daun bersela-sela; Sudah lama tidak berjumpa, Dendam tidak akan berubah, Dianggap baru bagai semula.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sudah lama tidak ke ladang, Tinggi rumput dari padi; Sudah lama tak tengok abang, Rasa luluh di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah lama tidak ke ladang, Habislah kangkung melilit padi; Sudah lama saya tak pandang, Habislah jantung melilit hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila meniup tidak cermat, Salah-salah tangan terbakar; Apabila hidup tidak berhemat, Lama-lama badan terkapar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lama tidak pergi ke ladang, Burung turun ke batang padi; Kuharap umur panjang, Bila kita dapat berjumpa lagi?Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Lama tuan tidak ke ladang, Habis padi dililit kangkung; Lama tuan tidak dipandang, Rasa putus mahligai jantung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Lebih padi dari kangkung;
Sudah lama tidak terpandang,
     Hati beramuk dengan jantung.



Lihat selanjutnya...