Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Khidmat Nasihat ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu
Kata Takrif Sumber
tentu2 tidak ragu-ragu lagi; mesti: ~ mereka gembira apabila mendengar berita itu.Kamus Pelajar
tentu1 tidak berubah-ubah; sudah pasti; sudah tetap: Belum ~ dia akan datang. 2 tidak ragu-ragu lagi; mesti: ~ mereka gembira apabila mendengar berita itu. menentu; tidak ~ tidak teratur atau tidak tetap; tidak tentu. menentukan 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. tertentu 1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~. 2 kata utk menyatakan sesuatu hal atau tempat yg tidak disebut namanya: Ada golongan ~ yg menyokong gerakan sulit itu. ke­tentuan sesuatu perkara yg sudah ditentukan; ketetapan. berketentuan ada ketentuannya; ada ketetapannya. penentuan perbuatan atau hal me­nentukan. penentu sesuatu atau sese­orang yg menentukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tentu1. sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur: belum ~ dia datang hari ini; bas itu tidak ~ tibanya, adakala lambat adakala cepat; 2. sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar, tidak syak lagi, jelas, nyata, terang: ~lah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza; 3. tidak boleh tidak, mesti, nescaya, pasti: ~ mereka akan bersusah hati apabila mendengar berita kemalangan itu; bertentu 1. sl sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap): setelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dlm negeri Biru Hasha Purwa; 2. sl yg ditetapkan (dipersetujui): jika lambat dr empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yg ~ pergi mendapatkan kita; 3. berbincang atau bermesyuarat utk menetapkan sesuatu, berunding: Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dgn beberapa orang saudagar; bertentu-tentu jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang; bertentukan sl mengambil tahu (peduli) akan, mengatur, menyusun (supaya elok): setelah sudah berhimpunlah segala rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya Purwa dan ~ segala rakyat; menentu; tidak ~ tidak keruan (teratur, tetap, dll), tidak tentu; menentui Mn 1. memeriksa (supaya ke-tahuan), mengusut, menyelidiki; 2. menanyakan (bagaimana halnya dll), mengambil tahu: ~ nasib anak buahnya; 3. pergi menengok (orang sakit dll), menjenguk; 4. menyelesaikan (hutang), menjelaskan; menentukan 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentu­kan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mem­punyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerang­kan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; tertentu 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mem­punyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebut­kan namanya (tempat-nya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu mem­ecah-belahkan rakyat; ketentuan 1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetap-an: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah diper-setujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), ber­aturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga; berketentuan; tidak ~ a) tidak ada ke­ten­tuannya, tidak mendapat sebarang keputus­an, tidak ada kepastian: rundingan kita tadi tidak ~ lagi; b) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk: buku-buku tidak ~; ketidaktentuan perihal (keadaan dsb) yg tidak tentu, ketidakpastian: ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam; penentuan perihal menentukan, penetapan, pemastian: orang masuk syurga atau neraka adalah ~ drpd Tuhan; penentu yg menentukan: Allah sbg Pencipta dan P~ segala kejadian.Kamus Dewan Edisi Keempat
ragu; ~ hati = ragu-ragu syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab; meragu Mn mengganggu, mengacau, mem­bingungkan: jangan ~ engkau di sini, mari pulang; meragui menaruh syak pd, bimbang ter­hadap, sangsi terhadap, waswas terhadap, me­ngesyaki: kedudukan persoalan sudah jelas, tidak ada suatu yg diragui lagi; kejujuran orang itu masih diragui lagi; meragukan menjadikan ragu-ragu: jadi, apa­kah yg ~ hatimu lagi? keraguan, keragu-raguan 1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan sangka­an yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegas1. jelas serta terang (kelihatan dll), nyata: dgn suara ~ dan jelas ia berkata; 2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat: hukuman yg ~ mestilah segera dijalankan; 3. kata atau ujar (yg tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dll): Kerajaan akan melancarkan gerakan tentera utk menghalau komunis-komunis keluar dr Danang, ~ beliau; 4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya: ~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;bertegas mengatakan sesuatu dgn ber­sungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;menegas ark meminta penjelasan (kete­rangan); menegaskan 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar nombor asas dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa;ketegasan 1. perihal tegas, kejelasan, keteta­p­-an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus; pertegasan 1. pembatasan erti, definisi, takrif; 2. penentuan, pemastian; penegasan penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak.Kamus Dewan Edisi Keempat
yakinbetul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.Kamus Dewan Edisi Keempat
waswasI 1. (perasaan) sangsi: dia mahu suaminya hidup di sisinya tanpa bimbang dan ragu-ragu, tanpa syak dan ~; 2. (perasaan) curiga, kecurigaan: drpd perjumpaan itu hilanglah ~ aku kepadanya; seorang babu yg tidak pernah aku lihat yg berwajah samseng mengerling aku dgn ~ dr pintu; 3. khuatir: janganlah Datuk berasa ~ terhadap perkataan hamba; mewaswaskan menyebabkan berasa waswas: saya ingat tidak ada apa-apa lagi yg boleh ~ hati; kewaswasan rasa (keadaan) waswas: dlm dirinya ada ~ tentang kesahan sembahyangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
harap1. sl hasrat (kehendak) utk mendapat sesuatu, hasrat supaya terjadi sesuatu: maka sekarang ~ beta sekalian orang besar masing-masing menjaga pekerjaannya; 2. = harap­lah hendaklah, mintalah, pohonlah: ~ mak­lum; ~ cemas bimbang (ragu-ragu, khuatir); ~ hati hasrat hati (keinginan hati); ~ putus (hilang) ~ berasa kecewa sama sekali, putus asa; harapkan harap akan; ~ anak buta mata sebelah, ~ teman buta kedua-duanya prb setiap pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pd orang lain); ~ guruh di langit air di tempayan ditumpahkan prb melakukan pekerjaan yg tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yg sudah dimiliki); harap-harapan sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa rindu (akan); berharap berhasrat (dan sedia menunggu) utk mendapat sesuatu atau agar terjadi (terbit dsb) sesuatu, meminta (dgn sedikit sebanyak jangkaan) supaya terjadi sesuatu: janganlah pula kamu ~ yg doktor itu dapat mengubat penyakit kamu dgn serta-merta; berharapkan berharap akan: mereka ~ perlindungan, kasih sayang, dan pimpinan; mengharap, mengharapkan 1. berharap akan, menginginkan, menjangka akan men­dapat (memperoleh): kami sudah tidak dapat membeli beras dan sayur-sayuran lagi, ikan jangan diharap; rakyat ~ pimpinan drpd mereka yg dianggap pandai; 2. percaya akan, menggantungkan nasib dll kpd, mem­percayai: maka dukacitalah ia sebab kehi­lang­an orang yg diharapkannya; memang orang itu tidak boleh diharap; terharap-harap sentiasa mengharap(kan); ~ saja menjangka-jangka tetapi tidak mem­peroleh, tidak berjaya (kecewa); harapan 1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharap­kan: ~nya utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanyan orang tua itu ~nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan memajukan bangsa; membilang ~ terus berharap, tidak putus-putus harapan; penuh ~ besar harapan; Pulau H~ Id Pulau Sumatera; putus ~ putus harap; ~ hati harap hati; berharapan mempunyai harapan (yg besar); pengharapan hal atau perbuatan mengha­rap­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mundur1. (berjalan, bergerak, dll) ke bela­kang, surut, undur, lwn mara: dia ~ setapak dan kemudian mara lagi beberapa tapak apabila polis itu beredar dr situ; 2. ki menjadi kurang (hasil pendapatan dll), berkurang, me­rosot: perusahaannya mulai ~; 3. tidak maju, terkebelakang, tertinggal, kolot: kebanyakan kaum perempuan masih lagi dlm keadaan lemah, ~, dan terkongkong; ~ maju ki tidak tetap hati, ragu-ragu; ~ teratur a) berundur dgn teratur (pasukan peperangan); b) mengundurkan diri dgn diam-diam; memundurkan menjadikan mundur, meng­undurkan, memerosotkan, mengebelakang­kan; kemunduran perihal mundur, kemerosotan: pekedai itu, sambil mengeluh, menceritakan ~ perniagaannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
didik1. pelihara, jaga (dgn hati-hati), ajar; ayam ~ ayam yg tidak beribu (dipelihara drpd kecil); 2. sl, bd anak-anak yg baru remaja: harta yg Duli Tuanku kurniakan dahulu, sekarang sudah dihabiskan oleh ~ itu utk bersuka ria; mendidik menjaga (memelihara dsb) dan melatih (mengajar dll) baik-baik: ~ kanak-kanak bukan satu perkara yg boleh di­pandang ringan; terdidik mendapat latihan (pengajaran dll), terlatih: sebelum perang dahulu banyak mahasiswa kita yg ~ di tanah Inggeris; didikan 1. kaedah mendidik: salah ~ boleh merosakkan anak-anak apabila mereka besar kelak; 2. yg dididik (diajar, dilatih, dll): masa depan bagi kanak-kanak ~ sekolah Melayu kini terjamin; 3. = pendidikan; pendidikan 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita; 2. = ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak; 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah; berpendidikan mendapat pendidikan (la­tihan): kaum intelek Melayu yg ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa Me­layu dijadikan bahasa rasmi; pendidik orang yg mendidik, guru: sekarang Ali bertugas sbg ~ di sebuah sekolah di Kelantan; kependidikan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn pendidik.Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,