Kata |
Takrif |
Sumber |
tertudung | tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litup | tertutup (tertudung dll) rapat-rapat hingga tidak kelihatan: seorang perempuan yg berselubung ~ bahagian kepala sedang menangis tersedu-sedu; melitupi menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi: cara memakai selendang adalah dgn menyangkutkannya hingga ~ kedua-dua belah bahu; terlitup tertutup (tertudung) rapat-rapat: pintu kebahagiaannya seakan-akan ~; litupan (Geo) sesuatu yg melitupi; ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lingkup I | tersungkup atau tertutup dr atas; tertudung. melingkupi 1 menjadi sbg tutup pd; menutupi: Selendang yg ~ kepalanya berwarna biru. 2 memberi bertutup; menudung: Dia ~ kepala anaknya dgn sehelai kain batik. 3 meliputi atau melingkungi beberapa hal dsb: Kuliah itu ~ beberapa tajuk. terlingkup dlm keadaan dilingkupi; tertudung; tersungkup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terlitup | tertudung rapat-rapat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terlitup | tertutup (tertudung) rapat-rapat: pintu kebahagiaannya seakan-akan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlingkup | dlm keadaan dilingkupi; tertudung; tersungkup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lingkup I | tertutup (kepala, muka dgn kain, dll), tertudung; bertudung ~ berselubung panjang sebelah; melingkupi 1. menyelubungi, menudungi, menutupi: jikalau sel itu hidup, ia dilingkupi oleh benda berupa agar-agar yg tidak berwarna; 2. melingkungi atau meliputi (beberapa hal dll): pembicaraan itu ~ berbagai-bagai masalah; 3. ki meliputi (suasana dll), menyelubungi, menyelaputi: hawa dingin ~ sekitar kawasan itu; pembicaraan itu dilingkupi suasana yg tegang; terlingkup dlm keadaan dilingkupi, terlingkung, terliput, terselubung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litup | rapat sekali; tidak terbuka sedikit pun: berselimut ~. melitupi menutupi rapat-rapat; menyelubungi; menyelimuti. terlitup tertudung rapat-rapat. litupan sesuatu yg melitupi: ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. pelitup penutup (badan enjin). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tudung I | sesuatu yg digunakan utk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dll), tutup, penutup: maka tuan puteri pun segeralah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; kain ~ kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang; tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang; ~ belanga penutup belanga; ~ kepala a) penutup kepala (songkok, topi, dll); b) = ~ muka kain selubung (utk menutup kepala atau muka); ~ lampu penutup lampu, terendak lampu; ~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan); ~ meja kain alas meja; ~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan; ~ saji = ~ hidang = ~ sarang Sr = ~ tapak penutup makanan (drpd pandan dll) supaya jangan dihinggapi lalat; bertudung memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung: wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan diri dr rumah yg sedang terbakar itu; menudung menutup dgn tudung, memberi bertudung: dia ~ mukanya dgn tangannya; keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dgn tetampan; menudungi menjadi sbg tudung pd, menutupi; menudungkan menutupkan sesuatu sbg tudung: kain itu ditudungkan pd mukanya; tertudung tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain; penudungan perihal menudung (menudungkan); penudung sesuatu yg dipakai utk menudung (menudungi), penutup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |