Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Perkataan Pengurusan Tertinggi perlu menggunakan huruf besar atau kecil? Contoh Pengurusan Tertinggi MOSTI atau pengurusan tertinggi MOSTISekiranya perkataan tersebut merujuk pada kata nama am, perkataan tersebut ditulis dengan huruf kecil pada pangkalnya (pengurusan tertinggi MOSTI) manakala sekiranya perkataan tersebut merujuk pada kata nama khas, perkataan tersebut ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya (Pengurusan Tertinggi MOSTI).
Tatabahasa30.11.2023
Saya ingin bertanya ayat yang mana adalah betul. Peratusan yang tertinggi bagi pekerja asing dari Indonesia ialah 74 peratus. Atau Peratusan yang tertinggi bagi pekerja asing dari Indonesia adalah sebanyak 74 peratus. Terima kasih.Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah Peratusan yang tertinggi bagi pekerja asing dari Indonesia ialah 74 peratus atau Peratusan yang tertinggi bagi pekerja asing dari Indonesia sebanyak 74 peratus. Namun, ayat ini tidak difahami dari segi maknanya.Tatabahasa17.05.2014
Ayat seperti ayat (1) disalahkan oleh Dr. Asraf dalam buku tatabahasa beliau Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM (1989) pada halaman ke-170: (1) Bangunan itu tertinggi. Penyalahan ini dilakukan kerana beliau mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti "tertinggi" tidak dapat bekerja cerita sebaliknya perlu dibetulkan kepada "paling tinggi" seperti ayat (1) (a): (1) (a) Bangunan itu paling tinggi. Saya hendak menanyakan sebab penyalahan ayat (1)? Ayat 1 (a) memang tepat kerana bahagian kata penguat "paling" dan bahagian kata sifat "tinggi" dapat membentuk frasa sifat "paling tinggi" yang dapat bekerja cerita, tetapi mengapatah kata sifat "tertinggi" sendiri tidak dapat menjadi frasa sifat? Bukankah satu kata seperti "tertinggi" apabila menjadi cerita, memegang kuasa frasa, maka "tertinggi" bukan lagi kata, tetapi frasa kerana hanya frasa yang dapat bekerja benda dan cerita. Namun begitu, Dr. Asraf menyalahkan sifat ter- "tertinggi" yang bekerja cerita pula. Apakah alasan beliau? Penyalahan ini bukan sahaja ditunjukkan dalam buku Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM, malah buku Dr. Asraf yang lain yang bertajuk tatabahasa SPM 4 & 5 Nexus Asasi keluaran Sasbadi, hasil kerjasama penulisan beliau dengan Dr. Supian Mohd. Noor dan Ramlah Razali pada halaman ke-111. Adakah Dr. Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan juga mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti tertinggi, tercantik tidak dapat bertugas cerita?Tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan "tidak dapat  bertugas cerita"? Untuk makluman tuan/puan, DBP menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama dalam menjawab pertanyaan bahasa. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, tuan/puan hendaklah mengemukakan pertanyaan kepada yang lebih arif yang tidak terikat dengan rujukan DBP atau melakukan penyelidikan. Harap maklum.Tatabahasa27.12.2016
Jika pengurusan tertinggi tiada gelaran, bagaimanakah cara penulisan yang betul dalam minit mesyuarat (kehadiran) atau poster perasmian majlis? a) YBrs. Tuan Ali bin Ahmad; b) YBrs. Encik Ali bin Ahmad; c) Tuan Ali bin Ahmad; atau d) Encik Ali bin Ahmad"Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. 

Oleh itu cadangan penggunaan yang sesuai ialah:
1. "YBrs. Encik Ali bin Ahmad" atau "YBrs. Tuan Haji Ali bin Ahmad" - sesuai digunakan dalam majlis
2. "Encik Ali bin Ahmad" atau "Tuan Haji Ali bin Ahmad" - sesuai digunakan untuk penulisan minit mesyuarat
Lain-lain28.12.2021
Bagaimana membezakan "antara...dengan" dan "antara...dan"? Yang mana betul: 1)Perbezaan antara kes yang tertinggi dan terendah 2)Perbezaan antara kes yang tertinggi dengan terendah Saya rujuk khidmat nasihat dbp yang ditanya oleh orang lain, jawapan yang dibagi :'antara 1 dan 200' merupakan penggunaan yang tepat.Berdasarkan contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah  2)Perbezaan antara kes yang tertinggi dengan terendah.  Perkataan "antara...dengan" biasanya menunjukkan perbandingan.Tatabahasa18.03.2015
betul atau salah 1.dia murid yang paling tinggi di dalam kelasnya. 2.dia murid yang tertinggi sekali di dalam kelasnya

1.dia murid yang paling tinggi di dalam kelasnya. - betul

2.dia murid yang tertinggi sekali di dalam kelasnya. -Salah. Kata 'tertinggi' mendukung maksud darjah penghabisan dan tidak boleh diikuti dengan kata penguat 'sekali'

Lain-lain20.06.2009
1. ______ orang berkumpul di balai raya. A. Ramai B. Banyak 2. Gunung Kinabalu ______ gunung yang tertinggi di Malaysia. A. ialah B. adalah1. Banyak orang berkumpul di balai raya.
2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia

Untuk makluman kedua-dua "ramai orang" dan "banyak orang" adalah betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut.
Tatabahasa09.05.2012
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "ianya memerlukan", adakah ini kata kerja yang bersesuai bagi ayat 1. bagi permohonan pengecualian bayaran, ianya memerlukan kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi.Ayat yang betul ialah Bagi permohonan pengecualian bayaran, kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi diperlukan. Kata "ianya" ialah bentuk kata ganti nama yang tidak mengikut rumus tatabahasa.Tatabahasa21.03.2024
Adakah penggunaa kata sendi nama 'dari' digunakan secara betul dalam ayat ini? " semua warga negara sama di sisi undang-undang, 'dari' individu biasa hingga pimpinan tertinggiPenggunaan kata sendi nama yang betul dalam ayat tersebut ialah "daripada". Sebagai contoh, Semua warganegara sama di sisi undang-undang, daripada individu biasa hingga pimpinan tertinggi.Tatabahasa02.05.2021
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT

Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah:

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan)

2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan)

3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan)

4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor)

5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211.

Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk.

Lain-lain21.09.2011
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tertinggi