Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
skin creamCecair pekat yang disapu pada lapisan luar kulit (epidermis) untuk melembapkan kulit, melindungi kesan terbakar akibat terik matahari, mencegah proses penuaan atau untuk tujuan rawatan tertentu. Krim ini terdiri daripada campuran bahan kimia tertentu sama ada yang diperoleh secara tabii atau sintetik. Bagi penggunaan yang lebih berkesan, krim ini disediakan menggunakan kaedah nanoteknologi, iaitu beberapa bahan kimia dikapsulkan dalam sfera kaca atau gel bersaiz nanometer.
electronic nosePeranti untuk mengecam bau komponen tertentu dan menganalisis kandungan kimianya bagi pengenalan sumber bau tersebut. Peranti ini meniru sistem hidung sebenar yang terdiri daripada susun atur sensor kimia dan sistem pengecaman corak yang menggunakan rangkaian neural buatan. Peranti ini digunakan secara meluas untuk mengawal kualiti dalam industri makanan, minuman dan kosmetik. Penggunaan lain ialah pengesanan bau bagi penyakit tertentu dalam diagnosis perubatan dan pengesanan kebocoran gas dan pencemaran alam sekitar.
antiferromagnetismSifat bahan tertentu yang spin elektron magnet suatu atomnya berjajaran dengan spin atom jiran, tetapi dalam arah berlawanan sehingga jumlah momen magnet bersih adalah sifar apabila tiada medan luar. Sifat ini berlawanan dengan bahan feromagnetisme. Sifat antiferomagnet, biasanya berlaku pada suhu rendah di bawah suhu peralihan, iaitu suhu Neel. Contohnya, bahan superkonduktor fermion berat (URu2Si2), logam kromium, aloi besi mangan (FeMn), dan nikel oksida (NiO).
giant magnetoresistance (GMR)Fenomena rintangan bahan tertentu yang berubah terlalu besar apabila medan magnet dikenakan terhadapnya. Kesan ini dapat dilihat pada struktur multilapisan magnet, dengan dua lapisan magnet diasingkan dengan rapat oleh suatu lapisan dengan ketebalan beberapa nanometer. Lapisan magnet pertama hanya membenarkan elektron dalam suatu keadaan spin melepasinya dengan mudah sekiranya lapisan magnet kedua sejajar dengannya. Sekiranya lapisan kedua tidak sejajar, aliran spin tidak mudah merentasi struktur kerana rintangan elektrik adalah tinggi. Contohnya dalam struktur multilapisan Fe/Cr dan Co/Cu, magnitud perubahan rintangan adalah sekitar 100% pada suhu rendah. Antara penggunaan magnetorintangan raksasa ialah penderia kompas elektronik, ingatan magnet bukan meruap dan pengesanan periuk api.
Stokes lineGaris spektrum pada jarak gelombang tertentu yang dipancarkan oleh molekul bahan pendarfluor atau hasil serakan Raman. Garis Stokes mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang daripada sinaran yang menguja. Pengurangan tenaga sinaran ini berkaitan dengan sela tenaga keadaan aras elektronik getaran suatu molekul. Oleh itu, garis ini digunakan untuk mengukur tenaga getaran molekul tersebut secara langsung. Banding garis anti-Stokes.
natural nanoscale sensorPenderia tabii dalam nanoskala atau pada paras molekul yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan yang berinteraksi, mengesan atau mengecam rangsangan dengan kepekaan yang tinggi. Contohnya, sensor molekul tertentu yang terdapat pada bunga atau daun akan berinteraksi apabila terdapat tenaga cahaya dan akan bergerak ke arah tertentu bagi mendapatkan cahaya yang lebih tinggi. Termasuk juga ikan yang mempunyai garis lateral untuk mengesan perubahan bunyi dan tekanan.
wet chemical processSatu proses menghasilkan bahan tertentu bermula daripada larutan bahan kimia seperti sol-gel dan sepemendakan. Proses ini merupakan teknik kos rendah untuk menyediakan nanozarah, bintik kuantum, nanorod dan nanowayar.
nanocompositeBahan yang terhasil daripada penambahan beberapa peratus bahan tertentu bersaiz nano ke atas suatu bahan asas. Sifat fizik bahan komposit adalah seperti kekonduksian elektrik, terma atau kekuatan mekanik berbeza secara drastik daripada sifat bahan asal. Bahan bersaiz nano tersebut dapat terdiri daripada nanotiub atau nanozarah.
radiationless transitionPeralihan antara dua aras tenaga sistem tertentu, iaitu tenaga yang dihasilkan diserap oleh sistem lain sehingga tidak berlaku pemancaran cahaya oleh sistem pertama. Contohnya, kesan Auger dan pengujaan atom atau molekul semasa pelanggaran dengan atom atau molekul yang lain.
protein engineeringTeknik untuk mereka bentuk protein bagi penggunaan tertentu dengan menerapkan gabungan ilmu sains, matematik dan ekonomi. Protein baharu direka bentuk dengan bantuan algoritma komputer berasaskan pengetahuan struktur dan fungsi protein.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tertentu