Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Izat ..............apabila melalui jalan yang licin itu. jawapan..................... terjelepok/ tergelincir/tersungkur? | Perkataan yang paling sesuai ialah tergelincir. 'Izat tergelincir apabila melalui jalan yang licin itu.' Menurut Kamus Dewan, tergelincir bermaksud terdorong kerana licin dll; tergeluncur. Terjelepok bermaksud jatuh terduduk. Tersungkur bermaksud jatuh ke depan serta muka terkena tanah; tersembam. | Tatabahasa | 28.05.2011 |
Manakah padanan yang tepat untuk istilah 'Fallen Angel': Malaikat/Bidadari/bidadara Tersungkur/Yang Jatuh. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah bidadari ingkar. | Istilah | 28.09.2018 |
Salam sejahtera tuan, berikut ialah pertanyaan saya. 1. Semua rakyat Malaysia / Rakyat Malaysia? Oleh sebab rakyat ialah jamak, adakah rakyat Malaysia lebih tepat? 2. Baju-baju yang dibelinya itu mahal-mahal belaka. Adakah ayat ini betul? 3. Bas yang dinaiki Manad itu ______ ke dalam gaung. Adakah terjunam/ tersungkur/ terbabas susuai untuk tempat kosong ini? Terima kasih. | 1. Rakyat Malaysia... 2. Baju yang dibelinya itu mahal-mahal belaka. 3. Jawapan yang tepat ialah terjunam. | Tatabahasa | 21.07.2021 |
|
Puisi |
---|
|
Pokok nangka pohon cempedak, Pecah-pecah bunga senduduk; Kecil jangan disangka budak, Gajah tersungkur oleh pelanduk.
Lihat selanjutnya... |
|