(1) Apakah jenis kata 'tiba-tiba'? Adakah kata ini kata adverba atau kata adjektif? (2) Contoh ayat: Dia tersembul dengan tiba-tiba. Bolehkah kata sendi nama 'dengan' menerima perkataan 'tiba-tiba', memandangkan 'dengan' hanya boleh menerima kata nama? (3) Adakah perkataan 'secara' lebih sesuai digunakan berbandingkan kata sendi nama 'dengan' dalam contoh ayat di atas bahkan kedua-dua perkataan tersebut boleh digugurkan? | (1) "tiba-tiba" ialah kata adjektif. (2) dengan tiba-tiba boleh digunakan. dengan membawa maksud unsur keterangan, iaitu keterangan cara bagi kata adjektif tiba-tiba. (3) secara juga boleh digunakan untuk menggantikan perkataan dengan, kerana secara membawa maksud dengan cara. | Tatabahasa | 18.06.2020 |
apakah perbezaan maksud antara 'tertonjol' dengan 'terserlah'? satu soalan lagi, apakah perbezaan maksud antara 'dipersendakan' dengan 'dipermainkan'? | Pebezaan maksud: 1. tertonjol = teranjur, tersembul; cnotoh: Perutnya kelihatan tertonjol. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 2. terserlah = kelihatan berseri (berkenaan kecantikan dll.); kelihatan nyata berscahaya (bkn. bulan dll.); Kecantikannya terserlah selepas disolek oleh mak andam. 2. Kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn. bakat dll.); Kebolehannya terserlah dlm. persembahan yang menarik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). 3. dipermainkan/dipersendakan= mempunyai maksud yang sama. | Istilah | 10.06.2014 |