Kata |
Takrif |
Sumber |
terpisah-pisah | berasing-asing, tercerai-cerai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpecah-pecah | terpisah-pisah, bercerai-cerai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asing-asing | terpisah-pisah, tersendiri-sendiri: barang-barang itu dinilai ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersepadu | berkaitan erat (tidak terpisah-pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asing | 1. berlainan, terpisah, tersendiri; berasa diri ~ (di sesuatu tempat) berasa diri terpisah atau bukan sebahagian drpd tempat yg berkenaan; 2. berasal (datang) dr daerah atau negeri lain, bukan tempatan, bukan anak negeri: banyak bangsa ~ di negeri ini; tanaman modal ~; 3. bukan dr dunia ini: makhluk ~; 4. tidak spt yg biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dll): amalan-amalan yg ~ bagi masyarakat Melayu;asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sendiri: barang-barang itu dinilai ~;berasing 1. menyisih, memisahkan diri (dr): anak ini ~ dr kawan-kawannya; 2. berubah, menjadi lain: kasihnya sudah ~; berasingan, berasing-asingan tidak bersatu (bercantum dsb), berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan: kertas soalan itu terbahagi kpd dua bahagian yg ~; pemerintahan kedua-dua kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yg rapat antara kedua-duanya;mengasing berasing;mengasingkan 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg berwarna; ~ diri menyisihkan (memencilkan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul;terasing terpisah, tersisih, terpencil;keterasingan 1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasingnya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana berbagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. keanehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ perasaan itu ada hubungan dgn darahnya sendiri;keasingan sifat dll yg berlainan drpd yg lain, kesendirian, kelainan: tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yg istimewa;pengasingan 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pembuangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padu | 1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~; sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; menyepadukan menjadikan sepadu atau bersepadu: kesemuanya telah dicampuradukkan dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi; tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; kesepaduan keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian; penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini; berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, bermesyuarat, berunding, memadankan (menyesuaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membandingkan, menyesuaikan, mencocokkan, memadankan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatupadukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampurkan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru; terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung; paduan 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. persesuaian, kecocokan; kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pisah I | cerai, lerai; ilmu ~ Id ilmu kimia; juru~ Id pelerai, penegah, wasit; berpisah 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucapkan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; berpisah-pisah berasing-asing, bercerai-cerai, berdiri sendiri-sendiri; memisah menjauhkan diri (dr), tidak mahu bersama atau bersatu (dgn): dia sengaja ~ dr keluarganya utk mencari pengalaman; memisahkan 1. meleraikan (orang yg bergaduh dll), menceraikan: Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~ barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras ~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecahkan (kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan: hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum; terpisah 1. tidak bersatu (berdekatan, bersama dll), terasing, tercerai, terpencil, tersendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr: perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini; terpisah-pisah berasing-asing, tercerai-cerai; keterpisahan keadaan (perihal) terpisah, keterasingan; perpisahan 1. perceraian; 2. hal berpisah; malam ~ malam perjumpaan utk menyatakan selamat berpisah; pemisahan perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll); pemisah 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~ garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pecah I | 1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar (khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. = berpecah berpisah-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai-berai, bersurai: maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak matinya; ~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~ bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ketawa; ~ rumah memasuki rumah utk merompak; ~ tembelang terbuka rahsia; ~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diperbaiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll; pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); berpecah terbahagi (bercerai) menjadi beberapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil; berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing-masing dgn haluannya sendiri), berpecah belah: masyarakat yg dilanda perang saudara itu masih hidup ~; memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, tingkap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb); memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau sebahagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai; pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); kepecahan perihal pecah; perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu (suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerai | 1. pisah, sarak; 2. tidak sbg suami isteri lagi, sudah putus perhubungan sbg suami isteri, talak: ia tidak dapat berbuat apa-apa selain meminta ~ dan menyuruh suaminya mengahwini gadis itu; ~ susu sudah berhenti menetek; ~ taklik cerai antara suami isteri dgn janji (spt gugurnya talak dgn sendiri kalau di darat enam bulan, ke laut setahun, berita tidak kedengaran); ~ tembilang cerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal; bercerai 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhubungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); bercerai-cerai, bercerai-ceraian berpecah-pecah, berpisah-pisah; menceraikan 1. = memperceraikan a) menjadikan tidak bercantum (bersatu, berhubungan) lagi: jiwa paman akan beta ceraikan dgn badan paman; baiklah kepalaku perceraikan dgn badanku; b) meleraikan (orang bergaduh, bertumbuk, dll); 2. memutuskan perhubungan sbg suami isteri, menggugurkan (menjatuhkan) talak: Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya; 3. memberhentikan (anak drpd menetek), menyapih, menyarak; mencerai-ceraikan menjadikan atau menyebabkan bercerai-cerai, memisah-misahkan: gunakan dua garpu utk ~ daging yg telah direbus; tercerai terpisah, tidak terkumpul, terasing: bahan-bahan utk penyelidikan itu ~-cerai di sana sini; ceraian 1. bahagian atau fasal kecil (dlm undang-undang, penyata, surat perjanjian, dll); 2. bahagian drpd tulisan (cetakan dll) yg nampak tercerai drpd bahagian lain, perenggan; perceraian 1. perpisahan, perpecahan; 2.perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian perihal (perbuatan) menceraikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
separable kinetic | kinetik terpisah | kinetik boleh pisah | kinetik boleh pisah | Kejuruteraan |
inseparable | tak terpisah(kan) | Tiada | tak terpisahkan/tak boleh pisah | Matematik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
sucker-rod tubing pump | pam tetiub rod penyedut | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis pam rod penyedut yang ceropong kerjanya dilekatkan pada tetiub. Dengan demikian, dalam penggunaannya, pam berkenaan diturunkan ke dalam lubang terlaga minyak berpengeluaran secara terpisah-pisah atau satu per satu, iaitu tidak sebagai satu unit lengkap. |
simulated biography | biografi bersimulasi | Kesusasteraan | Tiada | Riwayat hidup yang ditulis oleh orang lain tentang seseorang yang benar-benar wujud atau hidup dalam dunia nyata, tetapi fakta dan maklumat tentangnya adalah rekaan semata-mata. Biografi bersimulasi kadangkala mempersendakan biografi tulen. Penulisan biografi ini agak mencabar terutamanya untuk memperoleh fakta dan maklumat yang tepat serta menyusun peristiwa yang terpisah-pisah agar mempunyai kaitan yang logik. Contohnya, novel bertajuk Edwin Mullhouse oleh Jeffrey Cartwright. |
split phase motor | motor fasa pisah | Teknik | Elektrik | Motor aruhan satu fasa, yang daya kilasnya dihasilkan daripada paduan dua medan magnet di pemegun yang diuja oleh dua arus yang terpisah fasanya. Walau bagaimanapun, kebanyakan motor jenis ini akan membuka litar pembantu (larian) apabila motor telah berputar kira-kira 70% kelajuan penuh motor itu. Pada umumnya motor ini mempunyai kadaran kecekapan yang lebih rendah berbanding dengan motor aruhan tiga fasa. |
type III vascular bundle | berkas vaskular jenis III | Buluh | Tiada | Berkas vaskular yang mempunyai selaput serabut tidak bersimetri, dan terdapat berkas serabut yang terpisah daripada tisu vaskular utama. Berkas vaskular jenis III hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis pisah tengah. |
type IV vascular bundle | berkas vaskular jenis IV | Buluh | Tiada | Berkas vaskular yang mempunyai selaput serabut yang nipis, dan terdapat dua berkas serabut yang terpisah daripada tisu vaskular utama. Berkas vaskular jenis IV hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis pisah tengah ganda dua. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
pisah | terpisah tapisah; | kedayan | |
Kamus Sains.indb yang tidak mempunyai sentromer. (BIO) acephalia (asefalia) Bayi yang lahir tanpa kepala. (UBAT) acephalous (asefalon) Berkaitan dengan larva yang kelihatan tidak berkepala atau mempunyai kepala yang amat kecil dan tidak terpisah dari toraks secara jelas. Contohnya, larva lalat rumah. (BIO) acetabuloplasty (asetabuloplasti) Pembentukan semula asetabulum melalui kaedah pembedahan plastik. (UBAT) acetal (asetal) Plastik berketahanan kakisan tinggi terhadap kebanyakan pelarut organik ke pok awan yang bergelombang, yang unsurnya tampak seperti lapisan jisim berbentuk bulat dan bergulung. Unsur tersebut biasanya sangat jelas tetapi menjadi berserabut sebahagiannya atau menjadi samar dan mungkin juga ter - pisah atau bercantum. (HID, METEO) altricial (altrisial) Perihal anak haiwan yang tidak berbulu dan tidak bermaya ketika lahir, dan memerlukan penjagaan induk. Contohnya, anak burung helang dan anak bu- rung hantu
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terpisah-pisah | [ter.pi.sah.pi.sah] | ترڤيسه-ڤيسه |
|
Tesaurus |
---|
| pisah | | Kata Terbitan : berpisah, berpisah-pisah, memisahkan, memisah-misahkan, terpisah, terpisah-pisah, keterpisahan, perpisahan, pemisahan, pemisah, |
|
|