Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SURREY

Surrey ialah kaunti Inggeris yang terletak di

selatan London yang mempunyai pemandangan

yang indah dan bangunan-bangunan lama yang

masih terpelihara dengan baik. Amanah

Kebangsaan memiliki sesetengah bahagian kaunti

ini. Surrey mempunyai kaitan dengan ramai tokoh

terkenal. Tokoh reformasi, William Cobbett dan

ahli ekonomi, Thomas Malthus lahir di Surrey.

UMUM
EPIDAURUS

Epidaurus ialah tapak beberapa puing binaan

Yunani purba, termasuk sebuah teater terbuka

yang masyhur. Teater ini dibina kira-kira pada

tahun 200-an SM, dan antara teater Yunani

purba yang paling baik terpelihara.

UMUM
OFFA'S DYKE

Offas Dyke ialah kubu tanah purba di antara

England dengan Wales. Ia terdiri daripada sebatang

parit dan baluarti yang diperbuat daripada tanah.

Pada masa dahulu Offas Dyke pernah menganjur

kira-kira 225 kilometer panjang, dari muara Sungai

Dee di utara hingga ke muara Sungai Wye di Selatan.

Kebanyakan tinggalannya masih kelihatan sekarang.

Bahagian yang paling terpelihara terletak di antara

Presteign dengan Montgomery. Offas Dyke

dinamakan sempena nama Offa, raja Mercia, yang

membinanya antara tahun 784 M. hingga tahun 796

M. sebagai pertahanan terhadap serangan orang Celt

dari Wales.

UMUM
RESIN

Resin ialah salah satu kelas bahan semula jadi

yang digunakan untuk membuat varnis, ubat-ubatan,

sabun, cat dan kegunaan lain. Penggunaan

resin semula jadi sebahagian besarnya telah

digantikan dengan resin sintetik (lihat Resin,

Sintetik ). Resin semula jadi boleh dibahagikan

kepada tiga kumpulan utama: (1) resin yang

mengalir dari pokok apabila pokok itu dilukakan

atau dipotong; (2) resin yang diekstrak dari kayu

dengan menggunakan pelarut; dan (3) resin fosil

yang dijumpai terpelihara bersama dengan

tinggalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejenis

serangga skel yang dijumpai pada pokok acacia

juga mengeluarkan resin, dikenali sebagai lak .

UMUM
SULGRAVE MANOR

Sulgrave Manor ialah sebuah estet di

Northamptonshire, England, yang dianggap sebagai

tempat tinggal nenek moyang George Washington,

presiden pertama Amerika Syarikat. Keluarga

Washington memiliki estet ini dari tahun 1539 hingga

tahun 1610 apabila Robert Washington dan anak

lelakinya, Lawrence, menjualnya. Lawrence

Washington membina rumah manor tersebut pada

tahun 1500-an. Pada tahun 1914, kerajaan British

membeli rumah tersebut bagi merayakan 100 tahun

perdamaian antara Great Britain dengan Amerika

Syarikat. Rumah tersebut masih lagi terpelihara

dengan sempurna. Pertubuhan-pertubuhan patriotik

Amerika membantu melengkapkan rumah tersebut

dengan perabot dan membaiki bahagian dalam

bangunan itu.

UMUM
SAJAK PROTES

SAJAK PROTES, sajak yang memperlihatkan sikap penentangan dan kurang senang penyair terhadap sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat yang ada hubungannya dengan keadaan sosioekonomi dan politik.  Sajak protes mula berkembang di Malaysia pada tahun 1966.  Suara penyair yang lantang dan berterus terang, menyebabkan nilai seni sajak tidak terpelihara.

SASTERAKonsep
1
Tesaurus
 
pelihara
Kata Terbitan : memelihara, terpelihara, peliharaan, pemeliharaan, pemelihara,