Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Terpelihara aurat tidaklah malu, Terpelihara lidah takkan bercabang; Terpelihara adat takkan berseteru, Terpelihara tingkah takkan terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terpelihara pompat sempurna sukat, Terpelihara nyiru elok penampi; Terpelihara adat sempurna sifat, Terpelihara malu duduk terpuji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terpelihara jerat selalu mengena, Terpelihara sumbu pelita terang; Terpelihara adat Melayu ternama, Terpelihara laku disukai orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terpelihara pukat membawa rezeki, Terpelihara perahu dapat dikayuh; Terpelihara adat mulialah budi, Terpelihara Melayu sifat senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terpelihara belat dapatlah ikan, Terpelihara perahu sampai ke seberang; Terpelihara adat selamatlah badan, Terpelihara ilmu dihargai orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada pemimpin, Pemimpin sejati sama disanjung; Senonoh laku terpelihara kain, Batin berisi lahir beruntung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada amanah, Amanah dijaga hidup dan mati; Senonoh laku terpelihara sumpah, Sumpah bertakhta di dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Datuk Mansur Datuk Bendahara, Ketiga dengan Datuk Drahman; Hati bersyukur jiwa terpelihara, Hidup selalu dalam aman.Pantun Melayu SarawakAgama
1
Tesaurus
 
pelihara
Kata Terbitan : memelihara, terpelihara, peliharaan, pemeliharaan, pemelihara,