Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Karyawan ; Novel ; Majalah ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan, antara ayat berikut yang mana betul? (1) Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulut Adi (2) Tiba-tiba terpacul soalan itu daripada mulut AdiUntuk makluman, kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama dan frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Dalam konteks ini, mulut menunjukkan tempat. Oleh itu, ayat yang betul ialah (1) Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulut Adi.Tatabahasa19.05.2012
Tuan, saya selalu keliru dengan kata dari/daripada, seperti dalam ayat berikut yang manakah betul? (1)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARI mulut Adi tanpa disedarinya. (2)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARIPADA mulut Adi tanpa disedarinya. (3)Dia mahu mendengar sendiri DARI mulut Tina. (4)Dia mahu mendengar sendiri DARIPADA mulut Tina. (5)Madihah! Madihah! Panggilan DARI mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (6)Madihah! Madihah! Panggilan DARIPADA mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (7)"Kalau berubah bukan DARI hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah. (9)"Kalau berubah bukan DARIPADA hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah. (10)Berubah DARI perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (11)Berubah DARIPADA perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (12)Azeera duduk tidak jauh DARI mereka. (13)Azeera duduk tidak jauh DARIPADA mereka. (14)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARI hati yang ikhlas." (15)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARIPADA hati yang ikhlas." (16)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DALAM mimpinya. (17)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DI DALAM mimpinya. Terima kasih.Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan Madihah, Madihah! Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268.Tatabahasa19.05.2012
Saya nak tanya perbezaan antara "dari" dan "daripada". Kalau boleh sertakan contoh skali. Terima kasih.Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan Madihah, Madihah! Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga AdiTatabahasa24.09.2012
Tuan, "dari badannya" atau "daripada badannya" betul? Ayat penuh: Kepala perempuan itu tertanggal dari badannya sebelum jatuh bergolek ke lantai. Minta sertakan penjelasan selain jawapan. (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 17, terbitan Syarikat Pelangi)Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.

Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan Madihah, Madihah! Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi.


Frasa yang betul ialah ...daripada badan.
Tatabahasa20.03.2015
1
Tesaurus
 
pacul
Kata Terbitan : memacul, terpacul,