Kata |
Takrif |
Sumber |
nyahkod(decode) | 1. Tindakan menukarkan data yang terkod kepada bentuk asalnya. 2. Tindakan menentukan makna yang terkandung dalam mesej yang terkod. | Kamus Komputer |
nyahkod | (Komp) 1. tindakan menukarkan data yg terkod kpd bentuk asalnya; 2. tindakan menentukan makna yg terkandung dlm sesuatu mesej yg terkod. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komunikasi data(data communication) | 1. Sistem dan kaedah penghantaran dan penerimaan maklumat terkod antara sistem komputer dengan persisiannya dengan menggunakan kaedah elektronik atau optik. 2. Bidang ilmu yang berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan maklumat terkod di antara peranti | Kamus Komputer |
tatatanda terkod perpuluhan(decimal-coded notation) | Tatatanda bagi mewakili setiap angka sebarang nombor perpuluhan dengan menggunakan kod perduaan empat digit. Misalnya, nombor perpuluhan 15 ditulis sebagai 0001 0101 dalam tatatanda ini, sedangkan 1110 ialah kod perduaannya. | Kamus Komputer |
penyahkod(decoder) | Peranti yang berfungsi menukarkan data terkod kepada bentuk asalnya. Bandingkan pengekod. | Kamus Komputer |
EBCDIC | Singkatan bagi extended binary coded decimal interchange code, iaitu kod pertukaran perpuluhan terkod perduaan terpanjang. | Kamus Komputer |