Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Selamat petang. Mohon pencerahan. 1. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. Kata terkenal dalam ayat 1 ialah kata kerja atau kata adjektif? 2.Pelumba yang memenangi perlumbaan itu sangat terkenal. Kata terkenal dalam ayat 2 ialah kata kerja atau kata adjektif? Terima kasih.1. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. Terkenal - kata kerja tak transitif
2. Pelumba yang memenangi perlumbaan itu sangat terkenal. Terkenal - kata adjektif 
Tatabahasa25.07.2021
Yang mana betul: a) Dia terkenal dengan jolokan "Anak Orang Kaya Damansara." b) Dia terkenal dengan jolokan 'Anak Orang Kaya Damansara.' c) Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara." d) Dia terkenal dengan jolokan 'anak orang kaya Damansara.'

Ayat yang betul ialah: Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara".

Ejaan31.10.2011
1. Adakah frasa "amat terkenal sekali" adalah betul? sebab imbuhan Ter- dan "sekali" telah membawa maksud darjah penghabisan, tetapi wujud "amat terkenal sekali" dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 ms 32. 2. adakah kata penguat bebas boleh hadir serentak dalam ayat yang sama? contoh, "sungguh amat penting" betul atau salah dari segi tatabahasaFrasa yang betul ialah “amat terkenal” atau “terkenal sekali” dan "sungguh penting" atau “amat penting”. Kata penguat bebas tidak dapat hadir serentak dalam satu ayat.



Tatabahasa23.05.2023
Ayat yang manakah tepat? 1) Bangunan itu terkenal dengan penyaman udara yang amat sejuk. 2) Bangunan itu terkenal dengan penyaman udara yang teramat sejuk.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah, "Bangunan itu terkenal dengan penyaman udara yang amat sejuk".Lain-lain07.12.2022
Soalan:manakah satukah jawapan yang paling tepat untuk ayat sama maksud di bawah; Pulau Pangkor sangat terkenal dengan keadaan pantainya yang cantik dan bersih a) Sangat terkenal Pulau Pangkor dengan keindahan pantainya yang cantik dan bersih. b)Keadaan pantai Pulau Pangkor yang cantik dan bersih menjadikannya terkenal.Ayat yang sama maksudnya ialah "Keadaan pantai Pulau Pangkor yang cantik dan bersih menjadikannya terkenal".Tatabahasa27.01.2015
1. dia yang menyebabkan kami berpecah-belah? adakah ayat ini betul? jika tidak apakah pembetulannya? 2. seniwati yang terkenal sekali di dunia ialah ... adakah terkenal sekali betul digunakan ? terima kasih

1. Dia yang menyebabkan kami berpecah-belah. - ayat ini betul 

2. seniwati yang terkenal sekali di dunia ialah ... - frasa terkenal sekali adalah betul.

Tatabahasa01.06.2010
Hang Tuah terkenal dengan kehebatannya bermain senjata. Soalan:Apakah pola ayat di atas? Terima kasih.Pola ayat tersebut ialah FN + FK.Tatabahasa24.05.2022
Penulis yang terkenal itu tidak pernah kering idea untuk menghasilkan karyanya. Adakah penggunaan perkataan 'kering' betul ?Penggunaan perkataan kering dalam ayat boleh digunakan. Namun, perkataan yang lebih tepat digunakan ialah ketandusan idea.Tatabahasa02.07.2013
Penggunaan "terkenal sekali" betul atau tidak ?Ungkapan "terkenal sekali" adalah betul.Tatabahasa27.05.2011
1. Dimana boleh saya dapat bahan rujukan dalam bahasa melayu mengenai (senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan beliau terhadap Al Quran). 2. Senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan beliau terhadap Al Quranuntuk mendapatkan bahan rujukan mengenai senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan mereka terhadap Al- Quran, tuan boleh berhubung terus dengan pihak JAKIM atau Darul Quran kerana pihak kami tidak Ada menyimpan bahan atau data tersebut.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain03.03.2008
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,