Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Buku saya telah lama diulang cetak dan dijual. Tetapi saya tidak mendapat apa-apa royalti telah beberapa tahun. Adakah buku saya tidak terjual langsung? Platun Harimau (ISBN: 978-983-46-0415-8)Salam sejahtera, Untuk makluman, Setakat ini, tiada jualan buku dari selepas peralihan kuasa Dawama Sdn. Bhd. ke DBP semula setelah dirujuk Laporan Penyata yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, DBP. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi. Puan Mazfarina binti Marzuki Bahagian Harta Intelek mazfarina@dbp.gov.my 03-21479521Lain-lain19.06.2020
Adakah dlm PRPM terdapat contoh karangan untuk pelajar SPMTidak ada contoh karangan untuk pelajar SPM dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku rujukan yang banyak terjual di pasaran.Lain-lain07.09.2012
Kalam Murabbi TUES 18:10 Assalamulaikum Di mana saya boleh mendapatkan majalah terpakai DBP dengan harga yang cukup rendah? Saya orang KelantanDBP tidak menjual majalah terpakai, selain majalah terbitan baharu dan lama yang belum terjual. Bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain21.03.2017
perbezaan antara koperasi dan royaltiKoperasi ialah syarikat yang dianggotai  dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan,dsb) dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama. Royalti ialah bayaran tertentu yang dibuat oleh penerbit kepada pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka yang terjual ; perkongsian  keuntungan seperti dalam pengusahaan lombong, telaga minyak atau ciptaan jentera.Makna15.02.2008
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011
"Dinamik Melonjakkan Keunggulan Kompetitif" Gramatis dan sesuai atau tidak slogan ini. Terima kasih.Ayat yang lebih sesuai ialah "Kedinamikan Memacu Keunggulan" atau "Kedinamikan dan Kompetitif Memacu Keunggulan"

Perkataan melonjakkan adalah kurang sesuai kerana membawa maksud seperti yang berikut:

melonjak:  1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa12.10.2019
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terjual