Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
terjualtelah atau dpt dijual.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terjual1. sudah dijual: semua barang dagang­an di kedai itu habis ~; 2. sahaja hendak dijual;~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
terjualtelah atau dpt dijual.Kamus Pelajar
bertebus(telah) ditebus: harta benda yg ditinggalkan oleh ibu bapanya dahulu itu terjual dan tergadai hilang tidak ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
tebus Ibertebus (telah) ditebus: harta benda yg ditinggalkan oleh ibu bapanya dahulu itu terjual dan tergadai hilang tidak ~;menebus 1. membayar wang utk mendapat­kan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengum­pulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat per­hubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. mem­bela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menye­lamat­kan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mah­kamah utk ~ Mak Jah; ~ malu melakukan sesuatu utk menutup malu; ~ talak meminta supaya diceraikan dgn membayar kembali mahar kpd suami; tertebus dapat ditebus;tebusan 1. sesuatu yg ditebus; 2. (wang dll) utk menebus: kalau dapat menculik anak doktor itu, kami dapat minta wang ~ yg besar; ~ darah bela, tuntutan bela; hamba (orang) ~ orang yg menjadi hamba kerana hutang, budak belian; penebusan perihal menebus: maka banyaklah harta yg terkumpul hasil drpd ~ orang-orang tawanan Quraisy itu;penebus 1. orang yg menebus; 2. apa yg boleh atau yg digunakan utk menebus: darah-nya mahu menjadi ~ darah ayah dan ibuku; taraf haji mabrur sahaja yg dapat menjadi ~ kpd segala dosa.Kamus Dewan Edisi Keempat
buntilkarung drpd kain: sebuah ~ besar yg berisi penuh; kopral itu meletakkan ~nya ke tanah; terlampau duka terurah ~, terlampau suka terurah rahsia prb apabila berdukacita, terjual barang simpanan, apabila bersukacita, terbuka rahsia; buntilan buntil.Kamus Dewan Edisi Keempat
laku1. gaya (cara) membuat sesuatu, per­buatan, tabiat: begini ~mu di belakangku; 2. boleh digunakan (spt wang dll), sah: wang yg tidak bernombor tidak akan ~; 3. (suka) dibeli orang, terjual: kuih jualannya ~; batik buatan Malaysia sangat ~ di kalangan pelancong; 4. dikehendaki orang utk sesuatu tujuan tertentu: hanya ketika muda ini awak ~; penyanyi itu masih ~ walaupun dia merupa­kan penyanyi tahun enam puluhan; selaku 1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya; berlaku 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, di­kuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; melakukan 1. menjalankan (tugas), mem­buat (kerja dll), mengerjakan: kitalah yg berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yg bukan-bukan; 2. menjadikan laku (jualan dll): janganlah ditulis semata-mata dgn sebab hendak menyedapkan dan ~ surat khabarnya sahaja; 3. = ~ diri membuat laku (spt), bertabiat atau berperangai (spt): maka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya spt anak raja; memperlakukan 1. membuat sesuatu (ter­hadap, kpd, dll), menganggap (memandang) sbg: tak kusangka aku diperlakukan sbg makhluk yg rendah dan tidak berdarjat; 2. menjadikan berlaku, memperkenankan, meluluskan: segala titah raja diperlakukan oleh segala rakyatnya; lakuan laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan dlm berbagai-bagai ~; kelakuan 1. tabiat yg biasa dilakukan, pe­rangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar ber­keliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; berkelakuan membuat laku, berperangai, bertabiat: aku berasa malu seorang dr kampungku ~ begitu; perlakuan apa yg dilakukan, perbuatan: kedua-dua orang tua itu sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu; tarian yg sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~ ritual; pelaku 1. orang yg membuat sesuatu per­buatan (kerja dll), orang yg melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin) orang yg mengerjakan se­suatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3. orang yg berlakon, pelakon.Kamus Dewan Edisi Keempat
jual; berjual berpencarian dgn memperniagakan sesuatu; berniaga; berdagang: Bapanya ~ nasi lemak di perhentian bas. ~ beli menjual dan membeli barang-barang; berniaga. menjual memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. ~ nama memakai nama orang utk kepentingan sendiri atau utk menipu. menjualkan menjual sesuatu utk orang lain. terjual telah atau dpt dijual. jualan barang-barang yg dijual; dagangan. ~ langsung cara menjual sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna. penjualan perbuatan atau hal menjual: ~ rumah-rumah mewah agak lembap sekarang. penjual orang yg menjual.Kamus Pelajar Edisi Kedua
royalti1. perkongsian keuntungan spt dlm pengusahaan lombong, telaga minyak, atau ciptaan jentera, yg dibayar kpd syarikat pengusaha kpd pemilik tanah (kerajaan) atau pencipta jentera: semua logam ialah harta haus dan adalah menjadi kebiasaan kpd kerajaan mengenakan ~ terhadap peng­usahaannya; 2. bayaran tertentu yg dibuat oleh penerbit kpd pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka, spt buku dan piring hitam, yg terjual: saya bayar karangan-karangan beliau dgn harga yg mahal atau saya membayar ~ yg lebih tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
jualberjual berpencarian dgn memperniagakan sesuatu; berniaga; berdagang:Bapanya ~ nasi lemak di perhentian bas. ~ beli menjual dan membeli barang-barang; berniaga. menjual memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. ~ nama memakai nama orang utk kepentingan sendiri atau utk menipu. menjualkan menjual sesuatu utk orang lain. terjual telah atau dpt dijual. jualan barang-barang yg dijual; dagangan. penjualan perbuatan atau hal menjual: ~ rumah-rumah mewah agak lembap sekarang. penjual orang yg menjual. jual beli hal menjual dan membeli. berjual beli berpencarian dgn menjual dan membeli barang-barang. memperjualbelikan menjual dan membeli barang-barang; memperniagakan; memperdagangkan.Kamus Pelajar
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terjual