Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan, perkataan "kembung" dalam ayat berikut harus diganti dengan apa perkataan ? Papan lapis itu kembung kerana terendam di dalam air hujan semalaman terima kasih.Papan lapis itu kembang kerana terendam di dalam  air hujan semalaman.Tatabahasa04.12.2020
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya perbezaan antara PERDAGANGAN dengan PEMERDAGANGAN. Saya telah merujuk Kamus Dewan untuk mencari maksud PEMERDAGANGAN tetapi tidak ada. Soalan kedua ialah maksud peribahasa "Seperti balak hanyut" dan "Seperti balak terendam". Peribahasa ini juga tidak terkandung dalam KD. Terima kasih.

Saudara,

Kedua-dua istilah ini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan. Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris 'Commerlization'. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan bahasa Inggeris 'trade' yang bermaksud  perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara).

Untuk menjawab soalan kedua diharap dapat memberikan contoh penggunaan 'peribahasa' ini.

Makna15.06.2010
Saya ingin menterjemahkan "Immersive Virtual Simulator" ke dalam Bahasa Melayu. Minta khidmat nasihat bagi istilah yang paling sesuai. Terima kasih.Terjemahan langsung bagi Immersive Virtual Simulator ialah Simulator Maya Terendam.  Mohon tuan memberikan konteks penggunaan agar kami boleh mencadangkan  istilah yang paling sesuai.Istilah05.05.2014
1
Tesaurus
 
rendam
Kata Terbitan : berendam, terendam,