Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SAMAN

Saman ialah perintah yang dihantar oleh seorang

pegawai mahkamah. Saman memberitahu orang

yang namanya tercatat dalam dokumen tersebut

bahawa satu aduan telah dibuat, dan orang

berkenaan mesti datang ke mahkamah untuk

memberi keterangan. Surat saman mungkin

digunakan untuk kesalahan jalan raya atau

kesalahan kecil yang lain tanpa perlu dibuat

tangkapan. Sekiranya orang yang disaman tidak

hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh

memerintahkan orang tersebut ditangkap.

UMUM
MORGAN, THOMAS HUNT

Morgan, Thomas Hunt (18661945), ahli

genetik Amerika, menerima Hadiah Nobel pada

tahun 1933 bagi bidang fisiologi atau perubatan

atas kajiannya mengenai keturunan sebagaimana

yang tercatat dalam buku The Theory of the Gene

(1926). Dia menunjukkan melalui eksperimennya

bahawa ciri-ciri tertentu diturunkan dari satu

generasi ke satu generasi melalui gen (lihat

Keturunan [Kelahiran genetik]).

UMUM
ZION

Zion, nama sebuah bukit yang memanjang di

bahagian timur bandar Baitulmaqdis di Palestin.

Pada zaman dahulu bukit ini dikenali sebagai

Sahyun, sebagai tanda sebahagian daripada

bandar yang didiami oleh orang Arab al-

Yabusiyyun, iaitu penduduk bandar Yabus yang

tercatat kewujudan mereka pada zaman dahulu.

UMUM
GANGGA NEGARA

GANGGA NEGARA, kerajaan Melayu kuno di Perak. Kewujudan kerajaan tersebut tercatat dalam sumber Yunani purba, India, China dan Arab-Parsi tetapi sehingga kini amat sedikit, malahan hampir tiada langsung bahan-bahan, bertulis ataupun bukti-bukti arkeologi yang secara pasati dikaitkan dengan kerajaan Gangga Negara. Gangga mungkin mengambil sempena nama Sungai Ganges di India, manakala Negara dalam bahasa Sanskrit bermakna negeri. Gangga Negara bererti negeri di tepi sungai. Namun begitu catatan Ptolemy dalam bukunya, Georaphike Huphegesis, yang ditulis sekitar tahun 150 M, ada menyebut nama Coconagara yang secara fonetiknya seakan-akan perkataan Gangga Negara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
HULUN HAJI

HULUN HAJI, hamba diraja atau hamba peribadi kepunyaan raja. Perkataan hulun haji ada tercatat pada prasasti Telaga Batu (686 M.) di Palembang. Rekod ini mengandungi bukti awal konsep perhambaan dalam Dunia Melayu. Konsep ini penting kepada masyarakat sebelum proses pemodenan di rantau ini. Konsep ini menggambarkan pembahagian masyarakat kepada golongan tuan yang dihormati dan golongan orang ramai yang menjadi pesuruh mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MAHKAMAH PENGHULU

MAHKAMAH PENGHULU, mahkamah paling rendah dalam hierarki sistem kehakiman di Semenanjung Malaysia. Menurut Ordinan Mahkamah 1948, bidang kuasa Mahkamah Penghulu, sama ada dalam kes jenayah ataupun kes sivil sangat terhad. Bidang kuasa penghulu, tercatat dalam surat pelantikan penghulu itu.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA

ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA, perkembangan agam Islam di Semenanjung Malaysia yang bermula pada abad ke-12. Islam di Semenanjung Malaysia tidak terpisah daripada perkembangan Islam di Alam Melayu baik dari segi sejarah mahupun gerakannya. Bukti kedatangan Islam di Sumatera Utara sejak tahun 1113 melalui mubaligh Abdullah Arif seperti mana yang tercatat dalam Hikayat Aceh, merupakan rentetan kedatangan Islam ke Pasai pada tahun 1292. Sumber China pula mencatakan dua utusan Pasai bernama Hassan dan Sulaiman yang bertaraf menteri beragama Islam dihantar ke negeri China. Rentetan seterusnya membuktikan Islam di Semenanjung Malaysia berlaku sebelum tahun 1303 (702 H.) sebagaimana terbukti pada Batu Bersurat Terengganu dan beberapa tempat yang lain di Alam Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KAMUS LENGKAPKAMUS LENGKAP, kamus yang diterbitkan oleh Pustaka Zaman (1986) dan disusun oleh Awang Sudjai bin Hairul Yusoff Khan. Kamus ini merupakan sebuah kamus dwibahasa (Melayu-Inggeris) yang memaparkan keseluruhan unit leksikal sesuatu bahasa. Kamus Lengkap menggariskan beberapa ciri yang istimewa yang istimewa yang membezakannya daripada jenis kamus yang setaraf dengannya. Seperti yang tercatat dalam kata pengantarnya, kamus ini memuatkan hampir 55 000 kata masukan yang dianggap terbesar selain Kamus Inggeris-Melayu Dewan (38 000 entri, tidak termasuk kata turunan). Sejak penerbitan pertama pada tahun 1977, kamus ini telah dikemas kini untuk edisi 1988 dengan perubahan besar, iaitu menggunakan ejaan Rumi baru.BAHASAPenerbitan
MUHAMMAD BAKIR

MUHAMMAD BAKIR (  ?  -   ?  ), penyalin manuskrip Jawa. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Nama sebenarnya ialah Muhammad Bakir bin Syafian bin Usman bin Fadhil atau al-Fadli. Muhammad Bakir adalah seorang penyalin manuskrip Melayu yang sangat prolifik pada abad ke-19. Dia mungkin berketurunan Melayu, Jawa atau Cina peranakan. Dia mungkin memulakan aktiviti menyalin pada tahun 1884 kerana tahun inilah yang terawal ditemui tercatat pada manuskrip salinannya.

SASTERATokoh
ABU HAYYAN AL-TAWHIDIY

Abu Hayyan al-Tawhidiy (310 H. 414 H./922 M.

1023 M.), salah seorang sasterawan dan pemikir

yang paling terkenal pada abad ke-4 H. Nama

penuhnya ialah Ali ibn Muhammad ibn Abbas.

Yaqut al-Hamawiy menyifatkannya sebagai ahli

falsafah dan sasterawan. Namun demikian, dia

diabaikan dan seolah-olah tidak dikenali oleh ahli

sejarah zamannya. Sikap tidak mahu mengenalinya

ini berterusan sehingga Yaqut menulis mujam atau

ensiklopedianya yang masyhur itu. Dalam mujam

tersebut Yaqut menceritakan tentang Abu Hayyan al-

Tawhidiy, dan menyatakan tentang kehairanannya

tentang sebab orang yang terdahulu tidak

mengendahkan seorang tokoh penulis yang begitu

penting seperti Abu Hayyan al-Tawhidiy. Yaqut

menulis tentang Abu Hayyan al-Tawhidiy

berdasarkan bahan-bahan yang ditulis oleh Abu

Hayyan al-Tawhidiy sendiri tentang dirinya

sebagaimana yang tercatat dalam karya-karyanya.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercatat