Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah ayat ini betul? Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. | Jawapan: Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. | Lain-lain | 08.10.2014 |
saya ingin mendapatkan panduan dari pihak tuan. Yang mana satu adalah benar? 1)catat atau catit? 2)....sepertimana yang tercatat ...atau .....sepertimana yang tercatit...? | Ejaan yang betul ialah catat dan tercatat. | Ejaan | 10.11.2011 |
Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. ( munsyi, apakah kesalahan pada ayat ini? sila tunjuk ajar. terima kasih_ | Tiada kesalahan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 14.01.2014 |
Tuan, boleh tolong jelaskan apa maksud perkataan "buan" seperti mana yang tercatat dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun 3(tajuk: keluarga kita)! Jasa tuan diucapkan ribuan terima kasih terlebih dahulu. Sekian, terima kasih ! Lim | Buan ialah sejenis pokok yang daunnya digunakan oleh masyarakat untuk membungkus makanan seperti untuk memasak ikan keli bakar. Kebiasaanya digunakan oleh masyarakat Bidayuh di Sarawak.Buan juga merupakan bakul sikit daripada rotan. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Saya pernah terbaca iklan yang menggunakan ungkapan rumah berbandung. Ungkapan ini belum tercatat dalam Kamus Dewan. Adakah ungkapan ini sesuai digunakan? | Frasa Rumah Berbandung tiada di dalam Kamus Dewan tetapi frasa yang tepat ialah Rumah Sebandung, iaitu dua buah rumah yang dijadikan (bercantum menjadi) satu. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Selamat pagi, Saya ingin memastikan sama ada perkataan "berenda" adalah perkataan formal yang tercatat dalam Kamus Edisi Keempat Perkataan tersebut hanya wujud dalam lajur "takrif" tetapi tidak dinyatakan dalam lajur "kata". Sekian terima kasih. | Perkataan berenda merupakan kata terbitan apabila menerima imbuhan be-.Kata akar perkataan berenda ialah renda. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, renda bermaksud sejenis kerawang yang biasa dipasang di tepi baju. | Tatabahasa | 02.10.2013 |
Pada masa ini = Kini. Akan tetapi, dalam buku Tatabahasa Dewan halaman 258, ada tercatat Pada masa kini... Yang manakah frasa yang betul? | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 31.05.2010 |
Bolehkah saya tahu maksud bagi perkataan damit? berikutan adalah puisi petikan akhbar Berita Harian yang tercatat perkataan damit Wahai muda nasihat hal damit menerimanya terlalu sulit bagi amarah terasa pahit kalbi dikerah nafsu nan sakit Berita harian, 22 Mac 2019 | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, damit bermaksud (bukan saiz atau ukuran) kecil. | Makna | 23.07.2021 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ejaan manakah yang betul, Perancis atau Peranchis? Kedua-dua ejaan ini ada tercatat dalam data DBP. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Perancis. | Ejaan | 27.05.2014 |
1) Istilah kata majmuk berpasangan 'suri rumah ( housewife ) bukankah tanpa tangga ? Mengapakah Kamus Dewan Edisi 4 masih mencatatkan 'suri rumah ( tangga )' Apakah penjelasan tentang tangga dalam kurungan ini ? 2) Istilah 'mertua' ( Bahasa Jawa ) yang salah juga tercatat dalam Kamus yang sama . Adakah kata ini diterima selain 'mentua'? | 1. Fungsi (tangga) dalam perkataan suri rumah (tangga) seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan pilihan. Pengguna diberi pilihan untuk menggunakan suri rumah sahaja ataupun suri rumah tangga. Kedua-duanya betul. 2. Istilah mertua berasal dari Jakarta, tidak digunakan di Malaysia. Yang diterima pakai di negara kita ialah mentua. | Istilah | 08.02.2010 |