Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya elok menjadi tongkat; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya elok mencari muafakat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat pasak; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat tempat berpijak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat sampan; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat menguatkan iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat dayung; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat tempat berpayung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya boleh dibuat pengayuh; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya boleh tempat berteduh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat gelegar; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat tempat bersandar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat menjadi pancang jermal; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat terpuji pegangan amal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat terjadi tiang rumah; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat menjadi tiang amanah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat untuk lantai dan dinding; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat seronok dipakai berunding.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patut dicari batang putat, Tak terbilang banyak buahnya; Patut dipuji pemegang adat, Tak terbilang banyak petuanya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbilang

Puisi
 

Tuan puteri rambutnya perang,
     Mati ditikam Melayu jati;
Dulu terbilang batik Semarang,
     Sekarang dibuat basahan mandi.



Lihat selanjutnya...