Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
APOSISI

Aposisi meluaskan makna kata atau frasa di

sebelahnya. Kebanyakan unit aposisi boleh

dianggap sebagai klausa tidak terbatas berserta kata

ganti relatif dan kata kerja yang digugurkan. Unit

aposisi boleh dikelaskan sebagai kata nama, adjektif

dan adverba. Abraham Lincoln , (who was) the 16th

President of the United States, was assassinated

aposisi adalah kata nama. The crowd, (which was)

axious to escape danger , began to panic adalah

aposisi adjektif. The man shouted loudly, (which

was) even frantically , to calm the crowd adalah

aposisi adverba.

UMUM
METALURGI SERBUK

Metalurgi serbuk ialah proses yang menurunkan

logam kepada bentuk serbuk dan menekan serbuk

itu menjadi bentuk agak terbatas. Proses pemanasan

yang dikenali sebagai pensinteran digunakan untuk

mengikat serbuk logam dan menambah kekuatan

kepada keluaran siap (lihat Pensinteran).

UMUM
SESSIONS, ROGER

Sessions, Roger (18961985) ialah penggubah

dan guru Amerika. Gubahannya begitu cermat,

serius dan intelektual. Sessions menulis

dalam teknik 12 nada moden, tetapi dia percaya

bahawa seseorang penggubah tidak harus

terbatas kepada satu sistem muzik tertentu sahaja.

Sessions mengarang muzik untuk orkestra,

kumpulan muzik kamar, korus, suara solo, organ

dan juga piano. Dia juga menggubah dua opera.

Karyanya yang paling popular ialah muzik orkestra

The Black Maskers (1923). Sessions pernah

memenangi Hadiah Pulitzer bagi bidang muzik

pada tahun 1982 untuk karyanya Concerto for

Orchestra (1981).

UMUM
SIFAR MUTLAKSifar mutlak ialah suhu teoretis apabila atom dan
molekul sesuatu bahan mempunyai tenaga serendah
mungkin. Suhu ini, yang dipercayai oleh ahli sains
adalah suhu yang paling rendah boleh dicapai,
bersamaan 273.15°C. Nilai ini berdasarkan
sebahagiannya pada pemerhatian hubungan antara
suhu dengan tekanan gas. Apabila suhu gas terbatas
kepada isi padu tetap direndahkan, tekanannya
berkurangan berkadaran langsung seolah-olah ia
akan menjadi sifar pada 273.15°C.
UMUMKonsep
QADARIYYAH, AL-

Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri

mereka sebagai pendukung keadilan dan tauhid.

Mereka dikenali dengan gelaran al-Muktazilah,

al-Qadariyyah dan al-Adliyyah.

Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri

mereka sebagai pendukung keadilan dan tauhid.

Mereka dikenali dengan gelaran al-Muktazilah,

al-Qadariyyah dan al-Adliyyah. Pengikut aliran

ini berpendirian bahawa manusia mempunyai

kemampuan yang terbatas untuk memilih

perbuatannya, berdasarkan kepada firman Allah

Taala yang bermaksud: Dan Kami telah

menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan

untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk

dijauhinya).

(Surah al-Balad 90:10 )

UMUM
BAHASA-BAHASA SABAH

BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris.

BAHASABahasa
SYAIR NASIHAT

SYAIR NASIHAT, syair berunsur keagamaan yang mengandungi pengajaran berupa nasihat. Syair ini bertujuan menyampaikan pengajaran, bimbingan dan peringatan kepada anggota masyarakat yang tidak hanya terbatas kepada persoalan keagamaan sahaja.

SASTERAKonsep
SYEIKH SAID PASAI

SYEKH SAID PASAI (1457-   ? ), tabib dan pendakwah Indonesia.  Dia berasal dari pusat wilayah kerajaan Pasai.  Dia seorang tabib dan pendakwah agama Islam yang mengubati sakit kusta dan mengislamkan Raja Patani, Raja Indra (raja Melayu Patani yang kedua daripada keturunan Sri Wangsa) pada tahun 1457.  Meskipun ada riwayat menyebut bahawa agama Islam sudah tersebar ke Patani, tetapi penganutnya hanya terbatas dalam lingkungan masyarakat umum.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbatas