Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Terang-terang pelita, Tersembunyi anak dara; Mak tambah derita, Bapa masuk penjara.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Terang bulan terang bercahaya, Terang tumpah ke tengah halaman; Kalau kurang adik percaya, Abang bersumpah berjabat tangan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Terang bulan terang gemerlang, Hantu berjalan laki bini; Jikalau tuan bersikap garang, Adik tak lama diam di sini.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Terang bulan terang di kali, Buaya timbul disangka mati; Jangan percaya mulut lelaki, Lain di mulut lain di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hitam-hitam mata, cermin mata, Dalam gelap terang, menjadi terang; Jika sungguh kata, bagai dikata, Lepas bergendang pulang, kuikut pulang.Pantun Melayu SarawakBergendang
Terang bulan hatiku rawan, Pukul rebana bergotong-royong; Jika lupa langit berawan, Tidak lupa sedia payung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Terang bulan menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Kalau tuan tak tahan rugi, Janganlah bermain dari mula.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Terang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Terang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.



Lihat selanjutnya...