Restoran ialah tempat perniagaan yang menyajikan makanan dan minuman kepada orang awam. Pada mulanya, restoran menjalankan perniagaan di tepi jalan, tempat pengembara berehat dan memulihkan tenaga. Perkataan restouran berasal daripada perkataan Latin restaurare , yang bermakna to restore (memulihkan semula). Hari ini, restoran terdapat di merata-rata tempat di jalan yang sunyi dan jalan yang sibuk; hotel; lapangan terbang, stesen bas, dan stesen kereta api; taman hiburan; dalam bangunan pejabat; dan juga pusat membeli-belah. |