Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, saya ingin bertanya mengenai penggunaan koma. Arnab tengok aku! Arnab, tengok aku! Pada ayat diatas, adakah koma perlu digunakan sekiranya ia bertujuan untuk penulisan sarikata rancangan telivisyen? | Cadangan penulisan yang betul ialah "Arnab, tengok aku!" | Lain-lain | 14.01.2022 |
DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. | Terima kasih atas keprihatinan puan. | Lain-lain | 23.06.2015 |
salam, saya tengok dalam kamus perdana ada perkataan guris. saya nak tanya guris boleh digunakan atau tak. lepastu kalau ayat itu untuk hati. cth menggores/ menguris hati? | Kehadiran kata guris dalam KDP yang dirujuksilangkan kepada gores adalah untuk menyatakan bahawa ejaan bagi kata tersebut telah diselaraskan mengikut Pedoman Pembentukan Ejaan Rumi bahasa Melayu, iaitu gores. Penggunaan ejaan guris adalah tidak baku dan penggunaannya seperti dalam frasa kerja "mengguris hati" sepatutnya dieja "menggores hati". Hati yang tergores sangat menyakitkan. Penggunaan kata ini bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya. | Ejaan | 26.07.2023 |
Tuan sila tengok yang saya garrisbawahi. | Sila kemukakan pertanyaan dengan jelas. | Lain-lain | 27.08.2014 |
Tuan, sila tengok yang saya garrisbawahi. (i) Keterangan musabab KETERANGAN MUSABAB ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. KATA HUBUNG KETERANGAN MUSABAB adalah seperti kerana, lantaran, SEBAB, dan oleh sebab. Tuan, saya sudah banyak kali membaca tetapi sudah jelas dan nyata bahawa SEBAB yang tercatat di kategori KATA HUBUNG KETERANGAN MUSABAB. Dipetik daripada Tatabahasa Dewan Ketiga.pg 515, 18.3.3.1. | Sila baca dengan teliti Tatabahasa Dewan Ketiga halaman 515 18.3.1 Jenis Ayat Keterangan (i) Keterangan Musabab. Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana, lantaran, dan oleh sebab. | Tatabahasa | 27.08.2014 |
Cikgu, tolong tengok ayat di bawah ini dan tentukan ayat yang manakah ialah penggunaan kata sendi nama yang betul. 1. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung KEPADA orang lain. 2. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung PADA orang lain. Huruf-huruf yang telah dibesarkan dalam ayat ialah kata sendi nama di mana saya hendak tuan menentukan penggunaannya yang betul dan memberikan penerangan. | Ayat yang betul ialah Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
Tuan, saya tengok iklan banyak menggunakan baharu untuk terjamahan "new". Contohnya, "Perisa Baharu". Adakah salah kalau "Perisa Baru" digunakan? Kerana ada juga saya terlihat iklan yang tertulis "Piza Baru". Terima Kasih. | Frasa peris baru atau perisa baharu, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan piza baru atau piza baharu. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
Nur Shafadila Gulam DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. | Terima kasih atas keprihatinan puan. | Lain-lain | 23.06.2015 |
Nur Shafadila Gulam DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. Lurrun Aidan UTC, RTC, MOF, MOA, MAGIC, MITI, MATRADE Info-tainment (binatang apa ni? Halal ke?) dan lain lain lain lain lagi..semuanya guna perkataan bahasa inggeris.. Encik KAi ... MinDef | Terima kasih atas keprihatinan puan. | Lain-lain | 22.06.2015 |
Adakah perbezaan antara penggunaan tengok, pandang dengan lihat? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata "tengok", "lihat" dan "pandang" membawa makna yang sama. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 15.09.2021 |