Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
NAKHODA TENGGANG

NAKHODA TENGGANG , cerita rakyat yang digolongkan dalam cerita dongeng teladan. Cerita ini dikenal juga dengan cerita Si Tenggang. Tarikh cerita ini tercipta tidak diketahui. Cerita ini berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Cerita Nakhoda Tenggang atau Si  Tenggang ini terdapat juga di beberapa negeri. Di Pahang, cerita ini dikatakan berlaku di Tasik Bera. Di Negeri Sembilan, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Jong, berhampiran Seremban. Di Johor, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Tereh, tidak jauh dari Bandar Maharani, Muar. Di Selangor, cerita ini dikaitkan dengan Batu Caves.

SASTERAKarya
BUKU PERJALANAN SI TENGGANG II

BUKU PERJALANAN SI TENGGANG II, kumpulan puisi karya Muhammad Haji Salleh yang diterbitkan pada tahun 1975, oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

SASTERAPenerbitan
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tenggang;