Kata |
Takrif |
Sumber |
tenggang I | (ténggang) 1. tempoh atau waktu (yg diberikan utk berfikir, berikhtiar, berusaha, dll), batas waktu; 2. daya upaya (utk melepaskan diri dr bahaya dll), ikhtiar, usaha; 3. ark sama bahagiannya; ~ daya tempoh atau waktu yg diberikan utk berikhtiar (berusaha dll); ~ hati, ~ rasa menjaga hati (perasaan) orang lain supaya tidak tersinggung; ~ tangguh waktu yg diberikan utk bertangguh, tempoh; ~ waktu Id batas waktu (dlm perjanjian dll); habis ~ dan (dgn) kelakar prb Mn habis akal dan budi bicara; bertenggang 1. berdaya upaya (utk mendapatkan pinjaman wang, pertolongan, dll), berikhtiar, berusaha: dia menjadi bodoh dan tidak dapat ~ sendiri; 2. bertolak ansur (dgn kawan), ingat-mengingati, bermuafakat, berunding: dia dapat ~ dgn kawan-kawannya; 3. beringat-ingat (dlm hal membelanjakan wang), berhemat, berjimat; bertenggang-tenggangan = tenggang-menenggang saling mengingati (perasaan, kepentingan, dll orang), hormat-menghormati, bertolong-tolongan, bantu-membantu: masing-masing ingin lekas-lekas dan dahulu-mendahului saja dgn tidak ada tenggang-menenggang lagi;menenggang, menenggangkan 1. mem-pedulikan (perasaan, kepentingan, dll orang lain), mengendahkan: si isteri sudah pandai membawakan perangai dan kelakuan suami, tahu ~ hatinya; 2. mengingat atau meman-dang (akan), menimbangkan, memikirkan: pelacur juga adalah manusia yg ~ nasib dan takdirnya; mempertenggangkan 1. mengendah akan, mengambil tahu akan, mempedulikan, mem-pertimbangkan: segala-galanya harus diper-tenggangkan sebelum dibuat keputusan; 2. mencermatkan perbelanjaan dll, menyesuai-kan pendapatan dgn pengeluaran, meng-hematkan, menjimatkan: kalau pendapatan itu kecil perbelanjaan hendaklah diper-tenggangkan; 3. menjaga perasaan (hati orang) supaya jangan tersinggung: anak dipangku, kemanakan dibimbing, orang kampung dipertenggangkan; tertenggang diikhtiarkan atau diusahakan, ditimbangkan atau difikirkan baik-baik; tidak ~ lagi habis ikhtiar dan budi bicara (tidak dapat berbuat apa-apa lagi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggang waktu | Id batas waktu (dlm perjanjian dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggang tangguh | waktu yg diberikan utk bertangguh, tempoh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggang rasa | menjaga hati (perasaan) orang lain supaya tidak tersinggung | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggang hati | menjaga hati (perasaan) orang lain supaya tidak tersinggung | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggang daya | tempoh atau waktu yg diberikan utk berikhtiar (berusaha dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggang-tangguh | batasan waktu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggang-menenggang | saling mengingati (perasaan, kepentingan, dll orang), hormat-menghormati, bertolong-tolongan, bantu-membantu: masing-masing ingin lekas-lekas dan dahulu-mendahului saja dgn tidak ada tenggang-menenggang lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangguh I | tangguh I pengunduran waktu (utk mengerjakan sesuatu, membayar hutang, dll), penundaan waktu; tenggang-~ batasan waktu; bertangguh 1. minta tempoh, minta diundurkan waktu: wang bakinya ia ~; 2. berlambat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda; bertangguh-tangguh selalu bertangguh, berlengah-lengah: dia juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~; agaknya sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu kerja; menangguhkan, mempertangguhkan 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur (waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan; tertangguh tertunda, terhalang, terhenti, terlambat; pertangguhan janji (utk mengundurkan waktu), ~ waktu bayaran; penangguhan perihal menangguhkan (waktu dll): setiausaha pertubuhan itu menyatakan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggang-tenggang | a) berlari pontang-panting (lintang-pukang); b) = ~ balik jungkir balik, berguling-guling; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
grace period | tempoh tenggang | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
automatic premium loan | pinjaman premium automatik | insurans | Tiada | Wang yang dipinjam daripada nilai tunai polisi insurans hayat untuk membayar premium yang masih belum dibayar apabila tempoh tenggang untuk pembayaran premium tersebut telah tamat. |
archetype | tipa induk | Kesusasteraan | Tiada | Perihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Tipa induk sering merentasi bidang kesusasteraan, bersifat sejagat dan dipercyai hasil koleksi bawah sedar manusia yang diwarisi turun-temurun. Contohnya, corak atau model sesuatu aksi (motif pencarian), atau sesuatu peristiwa (motif banjir), perwatakan (motif anak derhaka seperti Si Tenggang), tema (motif pembersihan jiwa), atau imej (motif anak syurga bagaikan taman indah), timbul berulang kali dalam kehidupan manusia dan kesusasteraan sehingga dianggap sebagai satu elemen yang sejagat dan abadi. Seorang ahli antropologi, James G. Frazer (1890-1915), membicarakan ciri persamaan antara tipa induk dengan mitos daripada pelbagai budaya yang berlainan dalam karyanya bertajuk The Golden Bough. Ahli Psikologi, Carl Yung dalam karyanya berjudul On the Relation of Analytical Psychology to Poetic Art (1922) berpendapat bahawa ketidaksedaran setiap individu merupakan suatu koleksi bawah sedar yang dipenuhi dengan imej azali yang dikongsi bersama. Ketidaksedaran itu mencetus kemunculan imej azali, atau yang dinamai tipa induk, dalam mitos, mimpi, elemen keagamaan, ritual perlakuan sosial, dan kesusasteraan. Apabila pembaca berhadapan dengan tipa induk, mereka mungkin akan tertarik dengannya. Pembaca akan memberikan tindak balas walaupun mereka tidak dapat menerangkan punca tindak balas tersebut. Dalam sastera Yunani purba, kisah mengenai manusia buta, pembunuhan bapa, sumbang muhrim, dan pembunuhan kejam merupakan contoh tipa induk yang digunakan oleh Sophocles dalam dramanya. Dalam sastera Barat, Hawthorne dan Melville menghasilkan karya yang mengaitkan tipa induk seperti imej dosa azali, pembalasan tuhan, dan kematian. Dalam sastera Nusantara pula, motif anak derhaka wujud dengan adanya watak seperti Malim Kundang (Sumatera), Nakhoda Manis (Brunei) dan Si Buto (Filipina). Sebuah lagi penulisan mengenai tipa induk ditemui dalam karya Anatomy of Criticism yang dihasilkan oleh pengkritik dari Kanada, iaitu Northrop Frye. |
extended term insurance | insurans sementara lanjutan | insurans | Tiada | Peruntukan dalam kebanyakan polisi insurans hayat yang menyediakan opsyen untuk meneruskan perlindungan insurans yang sedia ada sebagai insurans sementara untuk selama tempoh yang boleh dibeli dengan nilai serahan polisi asal. Peruntukan ini ialah salah satu opsyen tidak lucut hak yang tersedia untuk insured jika premium tidak dibayar dalam masa tempoh tenggang. |
myth criticism | kritikan mitos | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang menganggap sesebuah karya sebagai pernyataan atau rangkuman pola-pola dan struktur mitos yang sering berulang dalam sesuatu masyarakat. Kaedah ini akan mengkaji, meninterprestasi dan mengkategorikan sesebuah karya mengikut struktur dan unsur simbolik yang berkaitan dengan mitos tersebut. Kritikan ini juga menghubungkaitkan sastera dunia melalui penerapan mitos sejagat sepeti motif pencarian dan motif asal usul. Contohnya, sastera Barat dan Nusantara boleh dihubungkan dengan kajian motif pencarian yang terdapat dalam Hikayat Indera Putera dan Ullysses oleh Homer, sementara motif asal usul boleh dikaji dalam cerita panji dan mitos Yunani. Dalam konteks sastera moden, motif pencarian boleh dianalisis daripada karya Perjalanan Si Tenggang oleh Muhammad Haji Salleh dan Ulysses oleh James Joyce. Pengkritik utama kaedah kritikan ini termasuklah Joseph Campell dalam bukunya berjudul The Heor with a Thousand Faces dan Northrop Frye dalam bukunya berjudul Anatomy of Criticism. Lihat juga kritikan arketaip, tipa induk. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
entuyut Ib | sejenis periuk kera. | Akar entuyut, basung dan tenggang berceranggah di sana sini, membelit perdu pokok yang berhampiran. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tenggang-menenggang | [téng.gang.me.néng.gang] | تيڠݢڠ - منيڠݢڠ |
tenggang | [téng.gang] | تيڠݢڠ |
tunggang-tenggang | [tung.gang.téng.gang] | توڠݢڠ-تڠݢڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tenggang; |
|
|