Kata |
Takrif |
Sumber |
tembang | (témbang) sj ikan laut, Clupea spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembang | Jw 1. sj karangan berangkap (syair dll) yg dinyanyikan, nyanyian; 2. puisi; menembang menyanyikan (melagukan) tem-bang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uran-uran | Jw sj nyanyian, tembang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
tembang | tembang | Kesusasteraan | Tiada | Karangan berangkap yang dinyanyikan, biasanya berbentuk syair, pantun dan seloka. Kebanyakan puisi Jawa disampaikan dalam bentuk tembang, contohnya kidung yang dilagukan dengan iringan alat muzik gambang dan saron. Tembang berasal daripada bahasa Jawa bermaksud nyanyian atau puisi. Lihat juga kidung. |
asmaradana | asmaradana | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengemukakan perasaan sedih dan kecewa kerana kegagalan bercinta. Susunan bentuk atau struktur fizikalnya terdiri daripada tujuh baris dalam setiap bait. Contohnya, puisi "Asmaradana" yang dikenali juga tembang. |
macapat | macapat | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi jawa yang bersifat peribumi. Bentuk puisi ini muncul pada zaman awal kedatangan Islam ke Tanah Jawa. Rangkap macapat terdiri daripada empat hingga sepuluh baris dengan setiap baris mempunyai tiga hingga dua belas suku kata. Semua rima hujung baris rangkapnya terdiri daripada bunyi vokal. Macapat mempunyai meter yang dikenali sebagai tembang cilik atau meter kecil, berbeza dengan tembang gede atau meter besar. Meter besar dikhaskan untuk puisi yang dipengaruhi bentuk prosodi India seperti kakawin. Bentuk meter macapat dieprkenalkan oleh para wali untuk mencipta puisi mistik atau puisi suluk yang amat popular pada kurun ke-18 dan 19. Puisi macapat biasanya dilagukan dan setiap meternya mempunyai lagu yang tersendiri. Kebanyakan rangkap macapat dinyanyikan tanpa iringan alat bunyi-bunyian. Puisi yang menggunakan bentuk meter macapat ialah puisi Kidung Rangge Lawe. Lihat juga kakawin, kidung. |
kakawin | kakawin | Kesusasteraan | Tiada | Versi puitis epik India yang terdapat di Jawa. Kakawin merupakan bentuk puisi Jawa Kuno. Kakawin disampaikan dalam bahasa Jawa Kuno dengan bentuknya mirip dengan puisi Sanskrit, iaitu kavya. Berdasarkan kaedah penciptaan kavya, kakawin memperlihatkan ciri-ciri seperti sebuah bait yang terdiri daripada empat baris. Setiap baris mempunyai jumlah suku kata yang sama dan disusun mengikut pola metrum yang sama. Kakawin juga mengandungi beberapa bait yang berturut-turut menggunakan metrum yang sama. Pola metrum kakawin disebut sebagai tembang gede (metrum besar), iaitu metrum yang dipengaruhi oleh prosodi India. Puisi kakawin yang asli ialah puisi yang mengagungkan para dewa, tuhan, dan para wira epik Hindu. Penciptaannya dikaitkan dengan proses meditasi para Kawi untuk mencapai tahap pencerahan kerohanian yang dikenali sebagai mokhsa. Kakawin terawal dan terkenal ialah Kakawin Arjuna Wiwaha yang menceritakan pemilikan senjata sakti oleh Arjuna untuk melawan raksasa. Kakawin lain yang berasaskan epik India ialah Bharatayuddha dan Ramayana yang menjadi repertoir utama untuk wayang purba. Kakawin Jawa yang berlatarkan tema setempat ialah Negarakertagama yang dikarang oleh pujangga Prapanca. Kakawin Jawa dianggap lari (berbeza) daripada konvensi kakawin yang asal kerana karya ini menyanjung pencapaian dan kegemilangan kerajaan Majapahit pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk. Pada zaman moden, penyair Rendra telah memanfaatkan unsur kakawin ini dalam puisinya Kakawin Kawin. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tembang (sj ikan) | [tém.bang] | تمبڠ |
tembang (sj puisi) | [tem.bang] | تمبڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembang |
|
|