Kata |
Takrif |
Sumber |
teleng /téléng/ | menelengkan menjadikan tinggi sebelah atau senget; memiringkan: Dia ~ kepalanya. | Kamus Pelajar |
teleng /téléng/ | tinggi sebelah; senget; miring. | Kamus Pelajar |
teleng | (téléng) 1. miring ke sebelah letaknya (kepala, topi, dll), tidak tegak lurus, senget: kepalanya masih ~ dan dipukul-pukul dgn tapak tangan kiri; 2. (Sunda, Ph) juling: mata-nya ~; ~ bagai cupak hanyut prb perihal orang yg sombong yg tidak sedarkan ke-kurangan dirinya; menelengkan memiringkan ke sebelah, menyendengkan, menyengetkan, mencondong-kan: dia ~ kepalanya utk menjengah dan menjenguk orang-orang itu; terteleng dlm keadaan senget atau miring (kapal, perahu, kepala dll); biar ~ asal jangan tertangkup prb tiada mengapa rugi sedikit asal jangan habis semua sekali; terteleng-teleng terteleng berulang kali: kepalanya ~ spt menahan kemarahan yg tidak terperi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teleng | /téléng/ tinggi sebelah; senget; miring. menelengkan menjadikan tinggi sebelah atau senget; memiringkan: Dia ~ kepalanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teleng II | Id bahagian mata yg hitam, hitam mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teleng I | bunga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga biru, Clitorea ternatea; ® telang I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terteleng-teleng | terteleng berulang kali: kepalanya ~ spt menahan kemarahan yg tidak terperi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunga teleng | sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga biru, Clitorea ternatea; ® telang I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunga telang | sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga biru, kelang (kembang, bunga) teleng, Clitorea ternatea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telang I | buluh ~ sj buluh yg tipis sekali, talang; bunga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga biru, kelang (kembang, bunga) teleng, Clitorea ternatea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |