Kata |
Takrif |
Sumber |
tekaan | jawapan ketika meneka; dugaan; sangkaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tekaan | apa yg diteka, dugaan, sangkaan, tebakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekaan | jawapan ketika meneka; dugaan; sangkaan. | Kamus Pelajar |
raba I | tekaan, agakan, dugaan, taksiran; salah ~ salah dugaan; meraba, meraba-raba 1. menyentuh (memegang-megang, menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dgn tidak melihat): serangga menggunakan sesungutnya utk ~ jalan; tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau sungguh-sungguh ada lumpur terpalit; 2. mencari sesuatu pd tubuh orang (dlm saku dll), memeriksa orang utk mencari sesuatu: susahlah sedikit memeriksa perempuan yg lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; Amir ~ saku seluarnya dan mengeluarkan rokok; 3. meneka, mengagak (yg tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan sesuatu: ia mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; ia mencari-cari jawabannya sendiri, meraba-raba sendiri; merabai meraba berkali-kali atau merata-rata: dia membiarkan dirinya diciumi dan dirabai; teraba-raba 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari (sesuatu yg terselindung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakaiannya; rabaan 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran, tekaan; peraba; alat ~ pancaindera utk merasa (dgn kulit), perasaan kulit, perasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agak | 1. pendapat yg berdasarkan tekaan semata-mata; sangka: ~ saya, dia sakit hari ini, oleh sebab itulah ia tidak datang. 2. lebih kurang; kira-kira: ~ dua hari lamanya, dia berada di Ipoh utk menyelesaikan urusannya di sana. agak-agak 1. berhati-hati; ingat-ingat: Bertutur pd malam hari ~. 2. = agaknya barangkali; gerangan: Bilakah ~ tuan dpt pergi ke sana? beragak, beragak-agak 1. bermaksud (bercadang, berniat) melakukan sesuatu: Dia ~ membuka sebuah syarikat perniagaan tetapi kekurangan modal. 2. berhati-hati atau beringat-ingat (ketika melakukan sesuatu). mengagak membuat kesimpulan berdasarkan tekaan semata-mata; menyangka; menduga: Saya ~ mungkin mereka ditimpa kemalangan. mengagakkan menentukan sesuatu dgn berhati-hati; menetapkan: Pemborong itu ~ bahawa projek tsb akan memakan belanja sebanyak dua juta ringgit. teragak 1. = teragak-agak terfikir-fikir (sebelum melakukan sesuatu); terkira-kira: Dia ~ hendak memberitahukan kesulitannya kpd pegawai itu. 2. = teragak-agak berasa segan atau ragu-ragu: Kerajaan tidak akan ~ menghukum mereka yg hendak memecahbelahkan rakyat. 3. berasa ingin: Sesekali, ~ juga dia hendak pulang ke kampungnya. | Kamus Pelajar |
teka ; ~-teki | tekaan jawapan ketika meneka; dugaan; sangkaan. | Kamus Pelajar |
mengagak | membuat kesimpulan berdasarkan tekaan semata-mata; menyangka; menduga: Saya ~ mungkin mereka ditimpa kemalangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dugaan | 1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan: sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku; 2. cubaan, ujian: hanya beberapa orang sahaja yg lulus ~ kelayakan utk jawatan tersebut; 3. hasil drpd menduga; ~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang; ~ hidup ki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup; ~ syaitan ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengagak | membuat kesimpulan berdasarkan tekaan semata-mata; menyangka; menduga: Saya ~ mungkin mereka ditimpa kemalangan. | Kamus Pelajar |
dugaan | 1 sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku luar ~ saya. 2 cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
guess | n tekaan: his answer was just a ~, jawapannya hanya satu tekaan; /anyones, anybodys/ ~, /tdk ada, tiada/ siapa yg tahu: what he is going to do next is anybodys ~, apa yg akan dilakukannya selepas ini tiada siapa yg tahu; ~ what, cuba teka; at a ~, pd tekaan saya: I would say at a ~ that hes over fifty, pd tekaan saya dia sudah berusia lebih drpd lima puluh tahun; give so. /two, three, etc/ ~es, memberi sso peluang meneka /dua kali, tiga kali, dll/; so. has another ~ coming, tekalah lagi: if you think Im going to spend any more time on this matter, | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
surmise | n tekaan, agakan: your ~ proved to be correct, tekaan kamu nampaknya betul; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
guesswork | n tekaan: she got the answer by pure ~, dia mendapat jawapan itu betul-betul dgn tekaan saja. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
speculation | 2. conclusion or opinion reached by such contemplation, agakan, tekaan: all our ~s were correct, tekaan kami semuanya betul; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
speculation | n 1. act of speculating, conjecture, contemplation, tekaan, agakan: his resignation has raised much ~ in political circles, perletakan jawatannya telah menyebabkan timbulnya banyak tekaan di kalangan orang-orang politik; it must have been pure ~ on his part, itu mungkin hanya satu tekaannya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
educated | an ~ guess, tekaan yg berdasarkan pengetahuan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
conjectural | adj terkaan, tekaan: my remark was entirely ~, kata-kata saya ialah terkaan semata-mata. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
conjecture | n dugaan, terkaan, tekaan, tebakan: I was right in my ~, saya betul dlm terkaan saya; she didnt know the facts, so what she said was pure ~, dia tdk tahu faktanya, jadi apa yg dikatakannya ialah terkaan semata-mata; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gues(s)timate | n (colloq) tekaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
mark1 | on the ~, tepat sekali: your guess is right on the ~, tekaan kamu tepat sekali; on your ~s, ke garisan: on your ~s, get set, go!, ke garisan, sedia, mula!; overstep the ~, melampau, melampaui batas, keterlaluan: your | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
sentence stress | tekaan ayat | Linguistik | Tiada | Tiada |
sentence stress | tekaan ayat | Pendidikan | Tiada | Tiada |
blind guessing | tekaan melulu | Pendidikan | Tiada | Pemilihan jawapan ujian objektif yang dibuat secara rawak tanpa mengambil kira kehendak isi kandungan soalan. |
hypothesis | hipotesis | Psikologi | Psikologi Umum | Pernyataan sementara atau jawapan awal terhadap masalah atau hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Dengan kata lain, hipotesis adalah satu agakan atau tekaan logikal tentang sesuatu tingkah laku. Contohnya, jika sesuatu yang mengecewakan boleh meningkatkan motivasi individu yang terlibat, maka hipotesisnya ialah kekecewaan akan meningkatkan motivasi responden. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
teka | tekaan taka'an; | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tekaan | [te.ka.an] | تکاءن |
|
|