Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan berikut? Ali berehat di bawah pokok besar yang __________. A redup B teduh Mohon beri penjelasan yang lanjut. | Ali berehat di bawah pokok besar yang teduh. Namun ayat ini agak mengelirukan, ayat yang lebih baik ialah Ali berteduh di bawah pokok besar. Mengikut Kamus Dewan, teduh bermaksud terlindung daripada panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap: jika kita berdiri di tempat yg teduh kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya; | Tatabahasa | 25.08.2014 |
assalamualaikum..saya ingin bertanya mengenai biografi penulis novel 'Mencari Teduh di Kuala' iaitu Siti Aminah Hj Yusof dan penulis novel 'Kirana' iaitu Sarimah Bardon. | Mencari Teduh di Kuala Siti Aminah Haji Yusof (03 55193732)NO. 10, JALAN RODAT 11/2 H,40100 SHAH ALAM, Selangor
Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 25 September 1945. Beliau banyak menumpukan perhatian kepada penulisan karya remaja. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA dalam beberapa siri peraduan. Menerima hadiah penghargaan (cerpen) pada tahun 1981 dan pada tahun berikutnya, menerima hadiah penghargaan bagi novel Biarlah Ia Berlalu. Manakala novel Aku Anak Timur memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Novel Pengembaraan ESSO-Gapena 1984. Novel lain yang diterbitkan oleh DBP ialah Masih Sayang, Di Hujung Perjalanan dan Jalur Senja. Beliau pernah bertugas sebagai pendidik dan kini, telah bersara selepas tugas terakhirnya di Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur. Kirana Sarimah Bardon (03 61859952)Lot 8620, Kg. Nakhoda Kanan,68100 Batu Caves,Selangor Beliau lahir pada 20 Mei 1963 di Selangor. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pendidikan dari UPM. Beliau mula mengikuti kursus penulisan KEPEZI pada tahun 1996. Novel Kirana merupakan hasil daripada bimbingan Zaharah Nawawi. Kini, beliau merupakan seorang pendidik. | Lain-lain | 02.06.2008 |
bagaimana hendak membezakan perkataan reda (teduh) dengan reda (rela,merelakan) | Kedua-dua perkataan tersebut boleh dibezakan mengikut konteks sama ada dalam ayat, wacana dan sebagainya. | Makna | 20.07.2007 |
apakah maksud 'ikut resmi padi,makin berisi,makin teduh'? | Makna peribahasa "Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk" ialah makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Bandingkan dengan: Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi | Makna | 06.08.2007 |
Salam. Adakah sarang buaya juga dikenali sebagai "jerumun"? Apakah makna sebenar jerumun? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerumun bermaksud 1. pondok tempat berteduh (yang terdapat di bendang dan lain-lain), dangau 2. rumpunan semak (belukar) 3. sejenis tumbuhan, derumun. Oleh itu, tidak terdapat dalam pangkalan data DBP yang menyatakan bahawa jerumun ialah sarang buaya. | Makna | 17.01.2014 |
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak? | Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 25.02.2012 |
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga DBP! Penggunaan kata "alih" dan "beralih" I Pusat pentadbiran syarikat PMSE telah beralih ke Kota Damansara. II Perbualan mereka beralih ke perkara yang lain. III Zaki alih-alih ke tempat yang lebih teduh. IV Encik Mokhtar bekerja sebagai alih bahasa. Ayat yang manakah betul? Terima kasih | Ayat pertama dan kedua adalah betul. | Tatabahasa | 08.08.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| teduh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan beransur kurang: reda, sidang, redup, Berantonim dengan lebat
2. Bersinonim dengan redup: muram, suram, Berantonim dengan cerah
3. Bersinonim dengan aman: tenang, damai,
| Kata Terbitan : berteduh, meneduhi, meneduhkan, keteduhan, |
|
Puisi |
---|
|
Hari petang nampaknya teduh, Orang berjalan sebelah kiri; Pokok ditanam kalau tumbuh, Harapkan buah balasan budi.
Lihat selanjutnya... |
|