Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
TATACARA/PENGGUNAAN SINGKATAN PENEMPATAN & PERJAWATAN. Saya ditugaskan untuk menyelaraskan perkara tersebut dan bertujuan untuk mendapatkan panduan dari pihak DBP. Kerjasama pihak tuan amat dihargai. Tq | Bagi pembentukan singkatan, tuan boleh merujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga halaman 95. | Lain-lain | 03.08.2023 |
Tatacara penulisan surat rasmi: 1. Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut diatas; atau 2. Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas mohon pencerahan. terima kasih | Ayat yang betul ialah 1. Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas. | Tatabahasa | 17.03.2021 |
Tatacara menulis surat rasmi. Mana yang lebih baik dan betul. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. | Kedua-duanya betul, 'Dengan hormatnya/Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk'. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
TATACARA PENGESAHAN IKLAN | IKLAN MESTI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU | Lain-lain | 01.11.2010 |
TATACARA PENGESAHAN BAHASA DALAM IKLAN | DATANG KE DBP ATAU FAKS VISUAL IKLAN KE DBP | Lain-lain | 26.10.2010 |
PERTANYAAN TENTANG TATACARA PENGESAHAN IKLAN | TATACARA PENGESAHAN IKLAN | Lain-lain | 31.03.2011 |
Abu menasihati pelancong itu supaya menghormati tatacara/tatasusila masyarakat di rumah panjang itu. Mana lebih tepat-tatacara atau tatasusila | Perkataan yang lebih tepat adalah tatacara yang bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur. | Makna | 06.03.2007 |
Mohon pandangan dan nasihat berhubung ayat berikut. "pembelian mengikut tatacara perolehan yang berkuatkuasa semasa" ATAU "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa". Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat ialah "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuat kuasa". | Tatabahasa | 29.06.2015 |
bagaimanakah tatacara yang betul dalam menailp perkataan yang mempunyai tanda "/" . adakah selepas tanda tersebut perlu dijarakkan atau kekalkan jarak sedia ada. CONTOH 1. produk/ perkhidmatan atau CONTOH 2. produk/perkhidmatan. mohon pencerahan. Terima Kasih | Ejaan yang betul ialah "produk/perkhidmatan", tiada jarak sebelum dan selepas tanda sempang. | Tatabahasa | 10.02.2022 |
apakah tatacara penubuhan syarikat di malaysia? apakah peluang-peluang perniagaan secara online di malaysia? | Sila rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan keterangan lanjut. | Lain-lain | 23.02.2008 |