Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERIKANAN

Perikanan ialah kawasan yang membekalkan

banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan

pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan

ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang

daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah,

hering, sardin dan tuna menyumbang kepada

sebahagian besar sumber perikanan dunia yang

terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan

pengurusan perikanan untuk memulihara ikan.

Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan

amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim

penangkapan ikan.

UMUM
JERAT DAN PERANGKAP

JERAT DAN PERANGKAP, alat yang digunakan dalam kegiatan menangkap haiwan. Teknik tangkapan ini masih digunakan oleh masyarakat di kawasan pedalaman seperti Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak seperti orang Penan, Iban dan lain-lain.

BUDAYAAlat/Alatan
SAMAN

Saman ialah perintah yang dihantar oleh seorang

pegawai mahkamah. Saman memberitahu orang

yang namanya tercatat dalam dokumen tersebut

bahawa satu aduan telah dibuat, dan orang

berkenaan mesti datang ke mahkamah untuk

memberi keterangan. Surat saman mungkin

digunakan untuk kesalahan jalan raya atau

kesalahan kecil yang lain tanpa perlu dibuat

tangkapan. Sekiranya orang yang disaman tidak

hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh

memerintahkan orang tersebut ditangkap.

UMUM
SOBERS, SIR GARFIELD

Sobers, Sir Garfield (1936 ) ialah pemain

kriket dari Hindia Barat, merupakan pemain serba

boleh yang paling terkenal dalam sejarah

permainan kriket. Dia seorang pemukul middleorder

yang kidal dan pernah mencatat 8032 larian

dalam kriket ujian, jauh lebih banyak daripada

mana-mana pemain Hindia Barat yang lain.

Dia juga seorang pemain kriket yang pertama

dari mana-mana negara yang mengatasi jumlah 8000

larian. Sebagai seorang pembaling bola putar kidal,

Sobers membaling sama ada secara sederhana

deras atau perlahan. Dia melakukan 235 wiket dan

membuat 109 tangkapan dalam kriket ujian.

UMUM
PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND

PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND (1949), perjanjian kerjasama antara pasukan polis Tanah Melayu dengan Thailand.  Perjanjian yang ditandatangani pada 1 September 1949 ini dibuat bagi mengadakan kerjasama penuh di kawasan perbatasan kedua-dua negara antara pasukan polis masing-masing untuk menentang pengganas komunis.  Beberapa syarat diadakan dalam perjanjian tersebut untuk menjalankan operasi menyeberang sempadan, tangkapan dan hal-hal lain.  Tujuannya bagi memudahkan matlamat mengadakan kerjasama yang rapat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PERIKANAN LAUT

PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam.  Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat.   Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai.  Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin.  Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual.

BUDAYAKonsep
1