Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum, Dalam Kamus Dewan, tampuk ditakrifkan sebagai 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis;. Selalunya dalam percakapan harian, tampuk manggis bukan merujuk kepada tangkai buah tersebut tetapi pada bahagian dasar buah mangga yang berupa kelopak bunga (dikira kelopak untuk kenal pasti jumlaj ulas di dalam buah). Soalan saya, jika tampuk manggis ditakrifkan sebagai tangkai manggis, apakah nama bagi struktur bak kelopak bunga di bawah buah manggis dipanggil dalam bahasa melayu baku? | Tiada maklumat nama untuk struktur seperti kelopak bunga di bawah manggis dalam pangkalan data DBP. Daripada carian kami dalam bidang pertanian terdapat dua istilah yang sering digunakan untuk merujuk bahagian tersebut. Istilah yang dimaksudkan ialah kelopak stigma dan kelopak putik. Contoh penggunaan dalam ayat ialah, jumlah kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah. | Istilah | 21.12.2017 |
Assalamualaikum, selamat sejahtera.., saya mempunyai pertanyaan berkaitan kata "jentu" (dalam KD) yang bermaksud "tangkai bunga yang terbesar pada bunga yang berkarang". Adakah kata ini seerti dengan istilah botani "peduncle" atau Melayunya "pedunkel" yang merujuk pada "tangkai yang menyokong sekuntum bunga atau jambak bunga"? Pedunkel ini mempunyai cabang kecil yang disebut "pedisel" atau "tampuk". | Kata jentu tidak seerti dengan kata pedunkel. Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 895) dan Pangkalan Data Istilah DBP; jentu kata nama tangkai bunga yang terbesar atau yang utama pada gubahan bunga. manakala, pedunkel (peduncle) Bidang: Biologi, Histologi dan Sitologi 1. Tangkai infloresens. 2. Jalur gentian putih yang bersambung dengan pelbagai bahagian otak. 3. Tangkai krinoid, brakiopod dan barnakel, atau protozoon yang tetap. 4. Penghubung toraks dengan abdomen artropod. Penggunaan kedua-dua kata ini bergantung kepada makna dan konteksnya.
| Makna | 29.05.2023 |
"tangkai jering" bermaksud "orang yang kedekut" mengapakah ia membawa maksud kiasan demikian? | Tidak ada maklumat dalam sumber rujukan kami yang menyatakan etimologi dan latar cerita 'tangkai jering' dikiaskan kepada orang yang kedekut | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Apakah perbezaan nuansa pada kata dahan, ranting dan tangkai mengikut penggunaan lazim penutur? | Dahan bermaksud bahagian yang tumbuh dari batang pokok. Ranting pula merujuk bahagian cabang yang kecil-kecil di hujung dahan manakala tangkai ialah bahagian tempat melekatnya buah, bunga dan lain-lain. | Makna | 12.12.2018 |
Assalamualaikum, salam sejahtera, sebelum ini saya ada bertanya berkaitan perkataan "jentu" dan "pedunkel". Saya sedia maklum yang "pedunkel" tidak merujuk khusus pada tangkai bunga tetapi juga anatomi pada tubuh badan. Tapi adakah "jentu" di sini boleh merujuk pada "pedunkel" yang ada pada tumbuhan berdasarkan huraiannya iaitu, "jentu" merujuk pada "tangkai yang terbesar pada gubahan bunga" (di mana "gubahan bunga" boleh merujuk pada "infloresens"), sedangkan "pedunkel" pula adalah "tangkai induk yang menyokong infloresens"? | Penggunaan kata "jentu" bagi makna "pedunkel" pada tumbuhan perlu dipersetujui dan disepakati oleh pakar bidang tersebut dan pakar bahasa. Walaupun, makna kata ini mempunyai persamaan namun penerimaan dan perakamannya dalam sesebuah kamus perlu mendapat pengesahan pakar. Cadangan untuk menggunakan kata "jentu" ini dalam penulisan ilmiah atau dalam penyebaran ilmu dan sebagainya adalah baik, namun maknanya perlu diberikan takrifan baharu seperti "pedunkel" yang berbeza daripada makna "jentu" sekarang (terhad kepada makna untuk gubahan bunga; bukan tumbuhan yang asli). | Makna | 29.05.2023 |
Dari manakah asal usul Simpulan bahasa dibawah berikut beserta tarikh mula digunakan di dalam bahasa melayu. Otak udang Tangkai Jering Durian runtuh Anak Emas Ajak-ajak ayam Malu-malu kucing Mati katak Pisau cukur Ringan tangan Serkap jarang | Makna tangkai jering - orang yang kedekut, durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. Ajak-ajak ayam - pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di pusat bahasa IPTA ata perpustakaan yang berdekatan. Kami di DBP sangat mengalu-alukan kedatangan saudara/ saudari ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membaut rujukan. | Lain-lain | 21.02.2010 |
9) Van yang membawa pekerja kilang itu tersengguk-sengguk kerana hampir kehabisan minyak. 10) Ayah telah membeli beberapa tangkai tasbih semasa mengerjakan umrah di Mekah. | 1. Perkataan tersengguk-senguk tidak sesuai kerana perkataan tersebut bermaksud terangguk-angguk(orang mengantuk).2. Perkataan tangkai tidak sesuai kerana perkataan ini bermaksud i.gagang pada buah ii. penjodoh bilangan untuk bunga. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
Apakah perbezaan cara menggunakan penjodoh bilangan kuntum dan tangkai. | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kuntum merujuk kepada bunga yang hampir kembang penjodoh bilangan untuk bunga, berkuntum tumbuh (berada) dalam bentuk kuntum: Bunga mawarnya baru menguntum menjadi kuntum atau sebagai kuntum (mula berkembang). Manakala tangkai membawa maksud bahagian tempat melekatnya buah, bunga.Batang pokok dan tumbuhan yang kecil-kecil. Bahagian daripada sesuatu untuk dipegang; gagang. Penjodoh bilangan untuk bunga, tempat memegang sesuatu alat misalnya cangkul, tombak. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Nahu Melayu Terakhir (hlmn.310)
| Istilah | 03.08.2012 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.., saya ingin bertanya tentang maksud sebenar kata "tampuk" pada buah manggis. Dalam KD, tampuk diberikan maksud "bahagian tangkai hujung tempat buah melekat". Ini jelas menurut beberapa sumber yang menterjemahkan "tampuk manggis" ini sebagai "pedicel of a mangosteen" (cth dalam "Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving" halaman 129 dan 134). Tapi agak mengelirukan apabila ia turut dipakai untuk merujuk pada parut di bawah buah manggis (yang bentuknya macam bunga tu). Adakah penggunaan yang kedua itu tepat? | Makna kedua tersebut kurang tepat. Tampuk pada asasnya berada pada pangkal buah, berkeliling kelopaknya dan melekat pada tangkai. Jika tampuk dianalogikan seperti dalam tampuk pemerintahan, maknanya berkait dengan pemerintahan atasan atau tertinggi serta berpusat. Tampuk dalam bentuk corak pula melambangkan tampuk buah yang dilihat dari pandangan atas. Tampuk pada cerek, pistol dsb pula dikaitkan dengan berpemegang. Tampuk bunga pula ialah bahagian hujung tangkai yang berkelopak dan memegang bunga. Jadi, makna tampuk adalah bercirikan berpusat/berkeliling, memegang dan berada di pangkal atau di bahagian atas sesuatu. Tampuk buah manggis juga dipanggil tapak lawang. Tidak dinafikan ada kalangan masyarakat yang memanggil bunga di bahagian bawah pada buah manggis itu dengan nama tampuk manggis. Mungkin kerana tidak arif dan menyamakan maknanya dengan motif atau corak pada songket, sulaman dsb. Padahal, motif atau corak tersebut juga adalah gambaran pandangan atas tampuk buah manggis yang berkelopak dan bertangkai itu. Atau mereka mungkin juga terkeliru dengan motif atau corak bunga lawang. | Makna | 18.06.2023 |
Apakah penjodoh bilangan bagi petai belalang? papan atau tangkai? | papan | Tatabahasa | 21.05.2018 |
|
Tesaurus |
---|
| tangkai (kata nama) | 1. Bersinonim dengan gagang: batang, hulu, pemegang, gandar, taran, tampuk, tangan, baur, garan, pangkal,
2. Bersinonim dengan tandan: tundun, sisir, sikat, untai, jambak, gugus.,
|
|
Puisi |
---|
|
Si tangkai padi si tangkai lada, Selasih di dalam puan; Sampai mati sampai kurasa, Setengah kasih ditinggalnya tuan.
Lihat selanjutnya... |
|