Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SESENDAL

Sesendal ialah silinder berongga yang

digunakan sebagai lapik boleh tanggal dalam

bahagian-bahagian bergerak pada mesin dan alat

elektrik. Dalam jentera, sesendal mungkin

digunakan sebagai bering bagi gandar atau pangsi

untuk mengurangkan geseran dan haus. Ia juga

mungkin digunakan untuk menyambungkan paip

dengan aksesori paip yang lebih besar saiznya.

Sesendal bagi jentera biasanya dibuat daripada

plastik, gangsa, atau logam Babbit atau logam

antigeseran yang lain. Dalam bahagian-bahagian alat

elektrik, sesendal mungkin digunakan untuk

menebat sambungan litar.

UMUM
KULIT KAYU KERTAS

Kulit kayu kertas ialah pokok besar di

Australasia yang kulit kayunya tanggal yang

kelihatan seperti kertas yang tergantung daripada

batang dan dahannya.

UMUM
MOTMOT

Motmot ialah nama famili burung yang

berkaitan dengan burung pekaka. Motmot hidup

di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada

kebanyakan motmot, bulu di pelepah ekornya

mudah tanggal dan hujung ekornya kelihatan

seperti dua raket tenis. Burung ini

menggoyangkan ekornya ke kiri dan ke kanan

apabila ia bertenggek, mungkin kerana pemangsa

mungkin menerkam ekor yang bergerak, bukan

burung yang tidak bergerak.

UMUM
AIDILADHAAIDILADHA, perayaan agama yang disambut oleh masyarakat Islam di seluruh dunia pada tanggal 10 Zulhijah, iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam.BUDAYAKonsep
1
Tesaurus
 
tanggal (kata kerja)
Bersinonim dengan terlepas, lucut, gugur, luruh, terkelupas, tercabut, londeh, copot, menggelup;,
Kata Terbitan : menanggalkan, tertanggal,